CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Tunang Zarina Anjoulie Nafi Bercinta Dengan Zara Zya, Tak Tolak Jika Berjodoh

10-2-2026 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23046| Komen: 9

 



Bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu usahawan Datuk Seri Khazrul Elzy menafikan dakwaan dia sedang menjalin hubungan dengan aktres Zara Zya.

Memetik mStar Online, Khazrul berkata hubungan mereka masih di peringkat awal namun beranggapan dakwaan yang timbul adalah satu doa yang baik.

“Tentang dakwaan kami bercinta itu, saya menafikan kerana ia masih terlalu awal. Memang ramai yang mengatakan kami bercinta, saya anggap itu sebagai satu doa,” katanya.

Sementara itu, Khazrul berkata dia tidak menolak soal jodoh serta mengakui mempunyai impian untuk memperisterikan Zara jika diberi peluang.

“Saya tiada orang lain. Jika diizinkan Allah dan memang ditakdirkan jodoh kami, saya tidak menolak.

“Sudah tentu jika sampai ke tahap itu, saya ingin menjaga dia. Buat masa ini, saya suka pada Zara, namun hati masih belum berbicara sepenuhnya kerana semuanya masih di peringkat awal,” katanya.

Dalam pada itu, Khazrul berkata dia tertarik dengan perwatakan sederhana aktres itu serta seorang yang kuat menghadapi dugaan hidup.

Malah, Khazrul berkata dia kagum dengan kekuatan pelakon itu meskipun diuji dengan kanser buah pinggang.

“Sejujurnya, saya suka perwatakan dia. Jika diberi peluang untuk mengenali dia dengan lebih rapat, saya sangat bersyukur.

“Dia seorang yang sangat kuat. Dia diuji dengan disahkan menghidap kanser buah pinggang dan saya kagum dengan cara dia menjaga diri serta bertahan untuk terus hidup. Saya suka orang yang mampu berdikari dan kuat menghadapi ujian,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 10-2-2026 03:08 PM
filter x hingatttt



anyway betul la mcm acik2 porem duk sebut psl die ni

klu tak psl mistik2, psl jantan

Quote sharlenetexas 10-2-2026 08:53 PM
Dah tak mengecat?


Quote minahgempal 10-2-2026 09:07 PM
kau cari lain la zara..my aunty kawen dgn laki nie..dri elok jdi org..skrg dh jdi mcm kim k tak siap aku tgk..dia buat plastik surgery + fillers..rosak abis bdn..sbb nak laki dia stay marriage jek..last2 cerai jgk..cari yg senonoh sikit la..tgk muka pn miang..tkkn ckup 1..
Quote red_velvet 10-2-2026 09:30 PM
Datuk gataiii.. Tolong ler larikk jauh2.. Takkan hamak kat bekas anju, adoii no wayyy.. Membayangkan pun dah geli lagi pulak nak sekatil sebantal pas nikah nnti. Run zara run!!
Quote akido_kido 10-2-2026 10:27 PM
erkkkkk come on lah zara
Quote albedah 10-2-2026 10:30 PM
Tak payah la zara oiiiii
Quote Perawankota 10-2-2026 10:31 PM
Anjulin dah warning kt igs, jgn sebut/libatkan nama dia klu nak buat cerita pasal ex ex ex dia. Dia tak teragak2 nak saman oiii
Quote BlackpingU 10-2-2026 11:17 PM
Euwwwww desperado nak berlaki ke zara oii
Quote eyansss 11-2-2026 12:31 AM
sirladang punya la terkejarkan ko, jantan ni jugak ko pilih?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.489090 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top