|
Perkongsian deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd mencuri perhatian ramai selepas berkongsi tip mudah berkaitan cara melayani wanita ketika mengalami haid. Menerusi satu perkongsian di platform Threads, DJ Kidd memuat naik foto bersama pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, yang dirakam dari sudut belakang. Namun, kapsyen yang ditulis menjadi tumpuan netizen apabila rata-rata terhibur dengan pesanan bersahaja yang ditujukan kepada golongan lelaki supaya lebih bersabar ketika berdepan wanita yang mengalami masalah senggugut. “Sabar ya lelaki semua, kalau sayang ikut je apa dia nak, kalau dia nak rumah baru kau beli je,” ciapan DJ Kidd, semalam Oleh itu, dia berpendapat bahawa wanita yang mengalami kesakitan akibat haid memerlukan perhatian dan pengorbanan yang lebih dan meminta agar pasangan untuk lebih bersabar. Meninjau ke ruangan komen, warganet menjelaskan bahawa wanita hanya memerlukan perhatian dan bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh deejay terbabit.
Perempuan nak perhatian sahaja Terdahulu, tular dakwaan bahawa pelakon Emma Maembong memasuki kelab malam untuk berhibur. Difahamkan, individu yang dikaitkan rapat dengan Emma, DJ Kidd kemudiannya tampil memberi penjelasan bahawa kehadiran pelakon tersebut adalah bagi memberi sokongan kepadanya yang sedang bertugas sebagai deejay di kelab malam berkenaan. Emma juga telah menjelaskan kehadirannya ke kelab malam tersebut adalah bagi tujuan penggambaran video muzik selain mahu melihat DJ Kidd bekerja. Sumber: Threads djkidd_official, OhMyMedia |
boudinniA replied at 10-2-2026 12:55 PM
Ramai orang sekarang suka melalut2 saja tulis macam2.
Selalunya macam ni theyols saja nak perhatian ...
sukanyanyi replied at 10-2-2026 04:55 PM
Yup. Cari ni pon, boleh tak jgn buat artikel berdasarkan posting2 bodo mengarut melalut kat thread ...
Prickford replied at 10-2-2026 05:26 PM
Selepas kau tengok kazen2 pempuan aku punyalah mengada2 bila period, terus aku setup dalam pale otak ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.030163 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.