|
Cef selebriti dan penyanyi terkenal, Datuk Fazley Yaakob tampil menegur tindakan seorang pelawak yang didakwa membuat humor berunsur double meaning melibatkan pelakon Fazura, yang disifatkan sebagai tidak lagi relevan dan tidak sesuai untuk tontonan umum.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di platform Threads, Fazley meluahkan rasa kecewa terhadap lawak berbaur seksual yang menurutnya sudah ketinggalan zaman serta tidak mencerminkan tahap kesedaran masyarakat hari ini. Menurut Fazley, jenaka yang menyentuh perkara seperti tubuh badan dan berunsur lucah seharusnya dihentikan kerana ia bukan sahaja tidak kelakar, malah memberi kesan negatif kepada penonton, termasuk golongan kanak-kanak yang kini mempunyai akses luas kepada kandungan digital. “Gone are the days bila lawak tahun 90-an itu kelakar. Pasal ketat, kering dan basah untuk dimasukkan dalam lawak seharusnya dihentikan. Semua ini tidak sepatutnya menjadi tontonan umum,” ciapan Fazley di Threads. Bapa kepada empat orang cahaya mata itu turut menjelaskan bahawa penerimaan terhadap lawak double meaning suatu ketika dahulu berlaku kerana tahap kesedaran masyarakat yang berbeza berbanding hari ini. Namun, menurutnya, perkembangan pemikiran dan nilai semasa menuntut penggiat seni lebih peka terhadap sensitiviti serta tanggungjawab sosial. Tambah Fazley, sekiranya masih ada pihak yang gagal memahami perkara tersebut, tindakan terbaik adalah dengan berdiam diri berbanding terus menghasilkan kandungan yang tidak bermoral.
“Kalau masih belum sedar, diam lebih mulia,” tegasnya. Terdahulu, tindakan ahli kumpulan Senario, Lan Pet Pet yang didakwa melontarkan lawak tak senonoh terhadap pelakon Nur Fazura kini mengundang kecaman hebat netizen, malah ada yang menggesa agar kontraknya ditamatkan. Gurauan berkenaan berlaku secara siaran langsung di platform TikTok sewaktu pelawak terbabit menjawab soalan daripada salah seorang peminat di ruangan komen. Sumber: Threads fazleyyaakob,Oh My Media |
slyfynx: Tp kan, ko cite bini berak tepi jalan leh plak
MatDeghem replied at 9-2-2026 06:30 PM
owang melayu suka benda2 gini .....

MatDeghem replied at 9-2-2026 06:30 PM
owang melayu suka benda2 gini .....
MakcikTermenong replied at 9-2-2026 11:49 PM
Memekak jer mamat rambit adidas nih...semua isu nak ulas...akui jelah..ko bukan tergolong dalam golo ...
dewi_rina replied at 10-2-2026 03:06 PM
Org tu mintak maaf kan, sungguh2 dia mintak maap tapi ko ponen lebih2 pulak
IzzahF replied at 10-2-2026 02:19 PM
tp jahlop ni kelly
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.210765 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.