CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya datang sini mahu belajar’

11-7-2013 09:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3705| Komen: 22

Shah Alam: “Saya tak lakukan kesalahan dan encik tidak boleh tahan saya. Saya datang ke Malaysia untuk belajar di kolej,” kata seorang daripada awang hitam yang ditahan dalam Ops Kutip Jabatan Imigresen Selangor sekitar daerah Kajang, kelmarin.

Namun helah lapuk itu sudah tidak mampu ‘memancing’ anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor yang menahan lelaki berusia 20-an itu kerana didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh.

Dalam operasi selama tujuh jam itu, Jabatan Imigresen menahan 35 lelaki, empat wanita dan empat kanak-kanak berusia antara satu hingga 50 tahun dari pelbagai negara seperti Nigeria, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Nepal. Penahanan itu hasil aduan orang ramai yang rimas dengan lambakan mereka di kawasan kediaman mereka.


Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata, ada antara warga asing yang ditahan dalam operasi itu bermati-matian tidak mengaku mereka melakukan kesalahan imigresen kerana mendakwa memiliki pasport.


Beliau berkata, selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, pihaknya mendapati warga asing yang ditahan mempunyai pasport, tetapi sudah tamat tempoh dan ada antara mereka yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Selain itu, kami juga mendapati ada warga asing yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di negara ini antaranya sebagai pembantu restoran dan pengawal keselamatan,” katanya.

ANGGOTA penguat kuasa memeriksa dokumen perjalanan pembantu restoran yang ditahan.

“Perlu diingatkan, warga asing yang mahu bekerja di negara ini perlu mendapatkan permit kerja terlebih dulu dan tidak hanya menggunakan pasport semata-mata sebagai ‘tiket’ untuk bekerja,” katanya kepada Harian Metro.

Othman berkata, pemeriksaan dijalankan di beberapa tempat di sekitar Kajang antaranya restoran, kedai runcit dan juga kawasan kediaman.

Katanya, pihaknya akan terus menjalankan penguatkuasaan dan serbuan di sekitar negeri ini terutama di kawasan tumpuan warga asing serta tidak sesekali berkompromi.

“Semua yang ditahan kini ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk siasatan lanjut,” katanya.


2

Bagus
9

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 11-7-2013 08:36 AM
mmg betul dia mau belajar...
mau belajar MENIPU....

mudah sgt org2 mcm ni masuk ke negara kita...
gomen kena buat something - ketatkan syarat kemasukan bg warga2 negara yg mmg
dah dikenal pasti lebih byk membawa masalah/jenayah etc....
Quote ushioz 11-7-2013 08:40 AM
visa pelajar itu benda bahlol.
Quote Mamason 11-7-2013 08:40 AM
Iyer...belajar.... belajar membiak di negara org.... Elok laa...biak baka bayak2 kat sini biar org2 malaysia pulak menumpang di tanah sendiri.... Pihak berkuasa pulak kalau xde aduan xleh ke ambik tindakan? Pantau jerk laa...
Quote shamsadis 11-7-2013 08:42 AM
pakai jersey kelantan tu
Quote Peya 11-7-2013 08:47 AM
Dah gomen sendiri bukak peluang bg dorang masuk..
Quote pakwetizzaqyah 11-7-2013 09:00 AM
kita orang2 Malaysia patut berani ngn puak2 negro ni..panngil pekida panggil perkasa panggil 36 panggil 18 panggil sim pak hong ramai2 kita buli puak2 pendatang asing ni atas dasar 1malaysia menentang puak pendatang..diorang ni banyak duit..tipu je diorang ni cukop2..
Quote jazaa 11-7-2013 09:07 AM
hensem abg imigresen tu.......
Quote the_killer 11-7-2013 09:10 AM
jazaa posted on 11-7-2013 09:07 AM
hensem abg imigresen tu.......

tu tanya Miss Nigga dulu..
Quote ifanonline 11-7-2013 09:11 AM
kalau masyarakat malaysia pakat2 boikot negro, mereka pun takut nak dtg...
Quote kecimpret 11-7-2013 09:14 AM
tak susah nak jajah malaysia nih


Quote zeed 11-7-2013 09:23 AM
bagus.. teruskan lagi.. hapuskan PATI2 tak sedar diri ni..
Quote gaara_X 11-7-2013 09:26 AM
aku paling tak suka awang hitam yang banyak pusing-pusing cam nie...
Quote azharuchan 11-7-2013 09:52 AM
mcm tak berapa nk hitam je awang2 hitam dlm gambar tersebut...malah lebih cerah dari abg imegresen tu..
Quote prettyuglybabe 11-7-2013 10:05 AM
jazaa posted on 11-7-2013 09:07 AM
hensem abg imigresen tu.......

amboi kaka jazaa..
Quote PostBanhammer 11-7-2013 10:27 AM
Tak nampak gambar pon??????????
Quote PostBanhammer 11-7-2013 10:28 AM
Quote PostBanhammer 11-7-2013 10:28 AM
Tak macam warga Afrika pon???????
Quote AHMADVW 11-7-2013 10:38 AM
lain kali jumpa rais yatim kat uia, settle visa problem
Quote kenarikelabu 11-7-2013 10:38 AM
malas dah nk report, takde tindak balas apa2....kerajaan suka diorg masuk, atas alasan masyukkkkk. abah kau!!

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.065649 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top