|
NAMA Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencuri tumpuan pentas perfileman dunia apabila pemenang Oscar itu bakal muncul dalam filem pendek terbaharu berjudul Sandiwara, arahan pengarah tersohor Hollywood, Sean Baker.
Menariknya, penggambaran dijalankan sepenuhnya di Pulau Pinang dengan latar pasar malam serta tempat sarat penjaja yang sibuk meniaga menggambarkan denyut nadi kehidupan masyarakat Malaysia. Menurut sebuah laporan, Sandiwara dijadualkan membuat tayangan perdana pada Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinale) 13 Februari ini, sekali gus menandakan kolaborasi istimewa antara dua figura besar industri perfileman global. Dalam naskhah terbabit, anak jati Ipoh Perak itu menggalas cabaran besar apabila membawakan lima watak berbeza, masing-masing membawa kisah serta sisi jarang dipaparkan tentang budaya tempatan. Malah, judul filem tersebut diambil daripada perkataan Melayu membawa maksud drama atau persembahan teater, selari dengan struktur penceritaan berlapis. Filem berkenaan diterbitkan menerusi program Self-Portrait Residency, satu inisiatif kreatif diperkenalkan oleh jenama fesyen berpangkalan di London sejak tahun lalu, bertujuan membuka ruang kebebasan berkarya kepada penggiat seni merentas disiplin. Menerusi projek ini, Sean kembali ke akar pembikinan filem awalnya dengan menggunakan teknik penggambaran sepenuhnya menerusi iPhone, pendekatan ikonik pernah melonjakkan reputasinya menerusi karya seperti Tangerine dan Snowbird. Ramai dalam kalangan pemerhati filem menyifatkan Sandiwara sebagai sebuah karya imersif memfokuskan penceritaan sinematik tulen, bukan sekadar visual bergaya, malah menyelami lapisan budaya tempatan secara jujur dan berani. Tayangan khas Sandiwara di Berlin bakal disusuli sesi perbincangan secara langsung bersama Baker dan Yeoh, membuka ruang kepada penonton memahami proses kreatif serta visi di sebalik pembikinan filem tersebut. Durasi rasmi filem dijangka sekitar 30 minit, namun hanya akan dimuktamadkan selepas tayangan perdana. Kemunculan bintang Wicked: For Good itu di Berlinale kali ini turut mencatat detik bersejarah dalam kerjayanya apabila Baker dijadualkan menyampaikan Anugerah Golden Bear Kehormat bagi Pencapaian Sepanjang Hayat kepada aktres tersebut pada majlis pembukaan festival, 12 Februari ini. Festival Filem Antarabangsa Berlin 2026 berlangsung dari 12 hingga 22 Februari, menghimpunkan pelbagai judul antarabangsa merangkumi genre seram, sains fiksyen, drama serta filem berteras muzik, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara festival perfileman paling berprestij dunia. Sumber: – KOSMO! ONLINE
|

alesandra replied at 9-2-2026 05:28 PM
Pengarah filem anora. hmm ... acik2 jgn merempan kalo byk woke dlm ni
alesandra replied at 9-2-2026 05:28 PM
Pengarah filem anora. hmm ... acik2 jgn merempan kalo byk woke dlm ni

lasagna replied at 10-2-2026 01:15 PM
ohh ye kerr.. movie anora ni iols sleepy sket nengok
malas plak nk repeat tgk.
alesandra replied at 11-2-2026 09:29 AM
sampah je anora tu.libtard buat filem psl melayu?good luck la
lasagna replied at 11-2-2026 02:07 PM
hahaahahahhaa libtard katanya!
alesandra replied at 11-2-2026 02:12 PM
Ye uols..cer check list filem2 heshe.masyarakat kita ni pulak kaki sentap.nanti ada kontroversi a ...
lasagna replied at 11-2-2026 02:28 PM
opkos laaa kt msia ni mna bleh semua menerima cite2 liberal-retard semua ni..
kita jer yg aneh2 sb ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046274 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.