CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Orang seperti kita sudah terlalu biasa berkorban sejak zaman kanak-kanak’ - Mimi Fly

9-2-2026 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27846| Komen: 5

 



Penyanyi Mimi Fly mengakui proses mendahulukan diri sendiri bukan perkara mudah, terutama buat individu yang sejak kecil terbiasa berkorban demi orang lain sehingga sering mengetepikan keperluan peribadi.

Ujar Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 39, ramai tidak sedar mereka sebenarnya terlalu lama mengalah hingga lupa bertanya apa yang benar-benar diinginkan dalam hidup.

“Faham sangat perasaan mahu dahulukan orang lain dulu itu, terutama untuk orang seperti kita yang sudah biasa berkorban sejak zaman kanak-kanak.

“Kita perlu mula memberi tumpuan kepada apa yang kita mahukan. Langkah pertama, saya catat dulu semua perkara yang saya inginkan walaupun perkara itu terasa sukar kerana saya tidak biasa bertanya kepada diri sendiri,” katanya dalam Threads.

Tambah pelantun lagu Angkat itu, selepas mengenal pasti keinginan tersebut, seseorang perlu berani memilih satu perkara untuk diperjuangkan secara serius tanpa rasa bersalah.

“Pilih satu kemahuan dan usahakan sampai tercapai. Lepas itu, ulang langkah sama. Perlahan-lahan, kita akan belajar menghargai diri sendiri.

“Semoga perkongsian ini memberi manfaat,” ujarnya.

Mimi berkongsi pandangan tersebut susulan pertanyaan terbuka seorang netizen mengenai cara mendahulukan diri sendiri dalam rutin harian tanpa rasa ego atau bersalah.

Perkongsian jujur itu mengundang reaksi meluas dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berasa dekat dengan luahan penyanyi berkenaan.

“Saya rasa macam Mimi sedang bercakap untuk diri saya sendiri. Terima kasih sebab bersuara,” tulis seorang netizen.

“Kadang-kadang kita lupa diri sendiri sebab terlalu fikirkan orang lain. Perkongsian ini buat saya tersedar,” komen pengguna media sosial.

“Bukan mudah belajar sayang diri, tapi kata-kata ini beri kekuatan,” luah seorang lagi netizen.

Ada juga netizen mengakui mereka masih bergelut untuk meletakkan diri sebagai keutamaan, namun perlu ada langkah kecil yang memberi keberanian untuk berubah dan memulakan perjalanan penyembuhan diri. 


Sumber: – KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-2-2026 05:35 PM
Sedap nama penuh, komersial ye Shamimi Amalina <3
Quote silance 9-2-2026 06:06 PM
On a bigger scale, kata tamau korban negara kita pada warga asing. Dari kecik Sampai sekarang tengok muka warga asing killing. Dari muda sampai dah tua pun tengok asing worangs hari-hari. Kita berhak pada hidup lebih berkuality.
Quote supernaturalee 10-2-2026 12:32 PM
lagu raya die mau up lagi tahun ni


Quote Hoola 10-2-2026 01:09 PM
fly hi girl! achik loike
Quote AuntyZaza 11-2-2026 09:53 AM
Lagu raya dia best!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.038253 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top