CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak boleh puaskan’ – Amira Othman jawab kritikan fesyen macam ‘terung’

9-2-2026 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32511| Komen: 91

 



KUALA LUMPUR – Penampilan dikritik sehingga ada menyatakan fesyen digayakan menyerupai terung, penyanyi Amira Othman menyifatkan kecaman adalah perkara normal yang perlu dilalui sebagai anak seni.

Enggan ambil peduli, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, menganggap setiap individu mempunyai cita rasa dan pandangan yang berbeza terhadap sesuatu gaya yang ditampilkan.

“Bagi saya, komen dan kritikan itu perkara biasa. Saya pergi majlis atau program usrah pun boleh jadi isu, apatah lagi kalau ada sedikit kekhilafan.

“Fesyen ini subjektif, ada yang nampak cantik, ada yang sebaliknya. Sama seperti makanan, ada yang kata sedap, ada pula yang kata tidak.

“Kita memang tidak boleh puaskan hati semua orang,” katanya kepada Kosmo! Online pada pelancaran koleksi raya Amber 2026, baru-baru ini.

Ditanya sekiranya terkesan dengan kritikan diterima, pelantun lagu Rasa & Takdir itu hanya menumpukan tumpuan kepada peminat yang sentiasa menyokong karier seninya.

“Bagi saya, ini adalah asam garam anak seni. Kalau terganggu, tak mungkin saya masih ada di sini.

“Lagipun, kebanyakan komen negatif datang daripada akaun palsu, manakala yang menyokong pula adalah individu yang benar-benar wujud.

    “Saya lebih selesa fokus pada mereka yang menyokong. Saya tidak boleh memaksa semua orang untuk menyukai saya,” katanya lagi.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu menyatakan kesediaannya untuk menerima teguran sekiranya disampaikan dengan cara yang berhemah dan membina.

“Kalau komen itu diberi dengan cara baik, sudah tentu saya terima dengan hati terbuka. Komen yang tidak baik biasanya datang daripada golongan ‘haters’ (pembenci).

“Walaupun kita cuba berbuat baik, tetap ada yang membenci. Buat baik orang mengata, apatah lagi kalau ada kekurangan.

“Saya hargai majoriti yang menyokong. Yang minoriti ini, kita abaikan saja,” jelasnya.

Sebelum ini, penampilan Amira dikecam semasa menjalani penggambaran mempromosikan busana raya di Istanbul, Turki.  

Sumber: – KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 9-2-2026 07:59 PM
terung juga jadi mangsa
cmn fesyen terung tu?
Quote axhiology 9-2-2026 08:15 PM
fattah nampak kepam sejak kahwin dengan amira
Quote pocongkiutss 9-2-2026 08:24 PM
Tp mighah ni mmg taste fesyen dia kekadang hauk kan
Quote bankerpencen 9-2-2026 08:38 PM
Tapi nak buat macam mana, memang tak pernah dikenali sebagai lawa, fashionista ataupun trendy. Memang hauk benau baju tu, tak flattering. Terima je…
Quote Lampuled 9-2-2026 08:42 PM
AO kalau pakai yg jenis fitted ikut body mmg nmpak kemas terletak. Tp dia prefer pakai yg gabak² nmpak visual besar. If dia jenis ranggi pakai mcm retis2 lain mmg mengancam juga sbb sbb body dia curvy bkn jenis flat kerempeng.
Quote pocongkiutss 9-2-2026 08:44 PM
Lampuled replied at 9-2-2026 08:42 PM
AO kalau pakai yg jenis fitted ikut body mmg nmpak kemas terletak. Tp dia prefer pakai yg gabak² nm ...

Iols pasan dia suka pakai baju puffy sleeve..mcm kurang kena kt dia
Quote one_aiman 9-2-2026 09:33 PM
Femes ya dik mira sekarang ni..semua benda dia buat jadi tumpuan..mesti penat kan asyik nak kena jawab wartawan je skrg ni..yela dulu org tak nampak
Quote lanacondor 9-2-2026 09:37 PM
axhiology: fattah nampak kepam sejak kahw ...
lps kawen nmpk bdk grab lagi ensem dari dia ni. Aura tu hilang terus. Fesyen mcm pakcik2 pencen
Quote sr10 9-2-2026 09:52 PM
lanacondor replied at 9-2-2026 09:37 PM
lps kawen nmpk bdk grab lagi ensem dari dia ni. Aura tu hilang terus. Fesyen mcm pakcik2 pencen

Tu pun JOFA tak habih2 meratib nama diorang. Kena buasir agaknya kalau tak meratib
Quote NuansaBiru 9-2-2026 09:55 PM
Mcm pakcik makcik gi mesyuarat pibg saja gambar atas nu.
Quote bambimbom 9-2-2026 10:14 PM
Tahun lepas dipuji2.. Tahun ni kena cuit sikit takkan tak boleh kan? Begitulah sifat manusia. Minat ikut musim lgpn AO ni nama belum cukup gah utk stand alone sama mcm laki dia.

Dia ckp dia g usrah pun org mengata.. Rasenye netizen lg dok ngata kawan2 usrah dia. Dia takde masalah pun bg aku..
Quote kmelankolia 9-2-2026 10:15 PM
kembang muka ao, ye la kot ada isi
Quote doubleA 9-2-2026 10:33 PM
Begitulah isteri cerminan suami dan sebaliknya. Nampak berisi patahamon macam abah2 nak hantar anak sekolah. Masa dengan kakapaz nampak meletop stylovista
Quote Jiyongie88 9-2-2026 11:29 PM
Quote zuriey 9-2-2026 11:32 PM
Family sayuran
Keledek + terung
Btw makin mengembang ek laki bini ni
Quote Baladna804 9-2-2026 11:52 PM
Jgn layang je Kalau orang tanya bukan bukan… sedekah senyuman cukup
Quote miss_strangers 10-2-2026 12:05 AM
Ingat DG hisam tadi???? kohkohkohkoh
Quote noor2 10-2-2026 12:13 AM
Fatah nampak lebih santai...jd diri sendiri...
Quote mizterpaling88 10-2-2026 12:31 AM
tak penah nampak org kutuk dia g usrah kecuali kt forum. baca sini ke?

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.068092 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top