CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Engku Aleesya Simpan Impian Lanjut Pelajaran Dalam Bidang Psikiatri - Erra Fazira

9-2-2026 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30561| Komen: 13

 



Penyanyi dan pelakon Erra Fazira berkongsikan anak perempuannya, Engku Aleesya menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang psikiatri.

Memetik mStar Online, Erra berkata Aleesya kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat A Level di sebuah kolej.

Menurut Erra, anaknya dilihat seorang yang pendiam namun gemar memerhati karakter orang sekeliling dan baginya bidang tersebut sesuai dengan Aleesya.

“InsyaAllah tahun depan baru kami buat keputusan sama ada dia akan melanjutkan pelajaran di luar negara atau dalam negara saja.

“Cita-cita Aleesya nak jadi psikiatri kerana dia minat membaca. Saya rasa kenapa dia minat bidang ini adalah Aleesya seorang pemerhati.

“Dari dulu dia memang diam tapi memerhati karakter orang lain. Tiba-tiba dia nak pilih bidang psikiatri ini saya rasa memang sesuai dengan dirinya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kehidupannya sebagai anak selebriti terkenal, Erra berkata Aleesya pernah rasa kurang selesa dikaitkan dengan populariti namun kini anaknya lebih matang.

“Saya tahu kadang-kadang reaksinya tidak selesa bila orang selalu mengaitkannya dengan ‘Erra Fazira’. Saya tahu dia pernah melalui fasa tidak selesa tapi sekarang dia lebih terbuka dan matang. Sekarang tak rasa kekok jika berada di khalayak ramai. Dia dah boleh handle situasi itu,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 9-2-2026 02:31 PM
Moga berjaya dekk
Quote marchikobonzo 9-2-2026 03:05 PM
All the best!!
Quote babelina 9-2-2026 03:17 PM
Moga berjaya mencapai impian Aleesya..amin yra..
Quote borrow 9-2-2026 03:39 PM
Siapa ada beli buka alisya ni? Neway ai think  klo jd pakar kanak2 pun ok. Terbang tinggi dik!
Quote prince_marhaen 10-2-2026 09:14 AM
Meols terkejut dia berani, nak & sanggup keluar berlakon cameo jadi Erra/Wati dalam konsert Sembilu dengan anak Awie & surprisingly anak Ziana yang dia simpan rapat tu... nampak macam ada bakat natural juga walaupun kayu2....tapi serious semua muka sama dengan mak/pak masing2...esp anak Ziana tu..
Quote Incanto 10-2-2026 09:45 AM
Semoga berjaya capai cita cita
Quote lasagna 10-2-2026 09:48 AM
prince_marhaen replied at 10-2-2026 09:14 AM
Meols terkejut dia berani, nak & sanggup keluar berlakon cameo jadi Erra/Wati dalam konsert Sembilu  ...

jer btul, tp mlm tu Aleesya pya debor kita mana nak tau..
masa dia kayuh beskal, crowd dah mula riuh (trmasuk iols).
dia tetap kayuh smp ke depan, muka dia ada cuak juga,
smp laa si Merrah start script bercakap.
baru dia rilex and start acting..
cuma si Kaseh jer laa tak berapa nk brckp mlm tu sgt,
tp persis kakGee sungguh dgn rambut gitu.
Quote BungaKencana 10-2-2026 10:17 AM
lasagna replied at 10-2-2026 09:48 AM
jer btul, tp mlm tu Aleesya pya debor kita mana nak tau..
masa dia kayuh beskal, crowd dah mula ri ...

iols tak blh move on lg dgn sembilu... suara dorang mmg padu betul, kak gee punya tarik smpai melentik badan, yg ktorg kt atas da skt tekak kekejap mnom air hahahah
Quote prince_marhaen 10-2-2026 11:24 AM
lasagna replied at 9-2-2026 03:48 PM
jer btul, tp mlm tu Aleesya pya debor kita mana nak tau..
masa dia kayuh beskal, crowd dah mula ri ...

Kaseh skrip dia sebaris je.... "Aku Ziana!"  terus tok selam cutttt? haha
Quote lasagna 10-2-2026 01:10 PM
BungaKencana replied at 10-2-2026 10:17 AM
iols tak blh move on lg dgn sembilu... suara dorang mmg padu betul, kak gee punya tarik smpai mele ...

sama ler kita.. dah hari selasa pun xleh move on lagik..
3-3 artis mmg paduuu!! erra nananera pun confident.
awie plak fuhhhhh brgegar axiata nyanyi sma,
kGee jgn ckp mmg manjang padu menarik
Quote lasagna 10-2-2026 01:12 PM
prince_marhaen replied at 10-2-2026 11:24 AM
Kaseh skrip dia sebaris je.... "Aku Ziana!"  terus tok selam cutttt? haha

hahhaha.. yer laa tok sop plak tetiba masuk.
xpe toksop ckp kalau bleh berlakon bleh laa buat Sembilu 3.
Quote cm_vungtau 10-2-2026 04:00 PM
Naper sawie boleh dapat dato tapi Erra tak boleh? Siti pun dapat Dato. Erra Miss Malaysia World kot. And juga primadona filem melayu. Apa dato kena penyanyi aje ke?
Quote sharlenetexas 10-2-2026 08:52 PM
Katyana anak meor (suami sofea jane) jadi child psychologist.


Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.104675 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top