CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ujian Saya Adalah Zuriat, Saya Serahkan Segalanya Kepada Allah” - Hannah Delisha

9-2-2026 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30627| Komen: 17

 


Pelakon Hannah Delisha berkata meskipun usia perkahwinannya kini sudah memasuki enam tahun namun tidak terfikir untuk menjalani rawatan kesuburan.

Memetik Oh Bulan, Hannah berkata dia dan suami memilih untuk menjaga kesihatan diri dengan mengambil makanan tambahan.

“Setakat ini saya belum sampai ke tahap mendapatkan rawatan. Saya juga tidak menyalahkan sesiapa yang memilih jalan tersebut, cuma bagi saya dan suami, kami belum berusaha secara ‘all out’ ke arah itu.

“Buat masa ini, saya hanya mengambil makanan tambahan dan suplemen untuk menjaga kesihatan dalaman,” katanya.

Mengalami keguguran dua tahun lalu, Hannah berkata ujian tersebut meninggalkan kesan mendalam buat dirinya namun dia percaya akan diberikan rezeki zuriat apabila tiba masanya nanti.

“Setiap orang diuji dengan cara yang berbeza. Ada yang diuji dari segi kesihatan, kewangan dan bagi saya pula, ujiannya adalah zuriat.

“Sehingga hari ini, saya tidak meletakkan tekanan pada diri sendiri dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Saya percaya apabila tiba masanya, semuanya akan berlaku dengan izin-Nya,” katanya.

Sumber: Oh Bulan, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 9-2-2026 01:38 PM
Ujian hang ialah dapat suami biawak lagi buruk rupa. Tapi sanggup buang mak yg bersusah payah bantu hang cipta nama demi biawak bibir hitam ni.
Quote prince_marhaen 9-2-2026 02:29 PM
Mungkin kena mintak ampun dengan mak kau yang kau buang sebab bibiaq lebam ni...
Quote KamikuP 9-2-2026 02:33 PM
Mintak hampon dan maaf kat mak kandung InsyaaAllah hidop diberkati donia dan akhirat dekkk..
Quote lolipopmanish 9-2-2026 02:33 PM
Laki dia keje ape
Quote Levespa 9-2-2026 03:25 PM
Maaf cakap.. Tak boleh register apa yg dia pandang pada suami dia ni
Quote borrow 9-2-2026 03:31 PM
Satu je la, at least imam ni tadalah kutuk mak mertua kt media , pisahkan terus ibu dan anak. Skrg ok je depa bertiga duduk semeja. Ada yg sampai meninggal pun tak bg jumpa.
Quote kaedahnya 9-2-2026 04:12 PM
Tataula dalam gambar only or kat luar pun macam Tu, tapi laki dia ni betul punya babyface
Quote doubleA 9-2-2026 06:04 PM
Iols nampak cute je dorang lakibini ni. Hannah kawen 2019 ke 2020? Iols pun percaya Allah akan bagi zuriat pada masa yg tepat
Quote jambatannetizen 9-2-2026 10:44 PM
Asal la ko settle down dgn lelaki mcm ini. Ko ada package boleh pilih mcm laki nelydia tu kot. Pd i dah dianugerahkan dapat package, bodoh piang tak guna betul2.

Tapi jodoh kan Tapi jodoh ada effort boleh pilih kot
Quote pocongkiutss 9-2-2026 11:08 PM
borrow replied at 9-2-2026 03:31 PM
Satu je la, at least imam ni tadalah kutuk mak mertua kt media , pisahkan terus ibu dan anak. Skrg o ...

Dah berbaik ke dgn mak dia?
Quote mawarberbisa 9-2-2026 11:36 PM
she memang buang family sbb laki atau sekadar gossip?
Quote borrow 10-2-2026 08:57 AM
pocongkiutss replied at 9-2-2026 11:08 PM
Dah berbaik ke dgn mak dia?

Dah. Kan dulu HD ada citer gugur , time tu pun dh lama berbaik dgn mak.
Quote prince_marhaen 10-2-2026 09:12 AM
mawarberbisa replied at 9-2-2026 05:36 AM
she memang buang family sbb laki atau sekadar gossip?

Masa dia kawin senyap2 tu mak dia sendiri yang post dekat social media perli2 pasal anak derhaka lah, ibu tak restu lah... gitttchewww...
Quote pocongkiutss 10-2-2026 09:47 AM
borrow replied at 10-2-2026 08:57 AM
Dah. Kan dulu HD ada citer gugur , time tu pun dh lama berbaik dgn mak.

Oh okla tu..porumer je la yg tak bleh move on
Quote ciksom 10-2-2026 09:16 PM
sayangnya muka lawa dapat pakej laki macam ni je.
Quote mawarberbisa 10-2-2026 09:37 PM
prince_marhaen replied at 10-2-2026 09:12 AM
Masa dia kawin senyap2 tu mak dia sendiri yang post dekat social media perli2 pasal anak derhaka l ...

ooo.. aku ingat2 lupa la masa dia kawen ni tapi ingat la post2 kt ig story. cuma tak sangka plak masih berpanjangan
Quote AuntyZaza 11-2-2026 09:49 AM
Moga dipermudahkan segala urusan SHE. Setiap orang ada ujian masing-masing, yang penting terus kuat dan positif.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.604635 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top