|
Selebriti popular Neelofa mendoakan buat kakaknya, Noor Nabila agar diberikan kebahagiaan serta hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Memetik Astro Gempak, Neelofa berkata sebagai adik sudah tentu mahukan yang terbaik buat kakaknya serta mahu melihat Nabila gembira. “Mestilah saya sebagai adik semestinya kita nak kakak kita gembira, kita nak yang terbaik untuk dia. Kita nak perkahwinan, rumah tangga dia tu diberkati, berkekalan dan yang baik-baik sahaja,” katanya. Sementara itu, Neelofa berdoa supaya hubungan tersebut dapat membawa kebaikan kepada kakaknya serta melalui hubungan tersebut dengan sebaiknya. “Saya pun tak tahu dia share ni, saya tak tahu tau. Kita sama-sama doakanlah ya, sebab dia pun dah lalui macam-macam. “Dan semoga apa-apa yang dah dia pelajari itu, boleh digunakan dalam perkenalan kali ini. Semoga doa-doa kalian semua bawa kebaikan,” katanya. Baru-baru ini, Nabila mengesahkan gambar lelaki berjambang yang dimuat naik di Insta Story miliknya adalah kekasih hatinya yang dikenali sebagai MR AA. Nabila berkata dia sudah mengenali Mr AA sejak April tahun lalu dan masih dalam fasa mengenali satu sama lain. Tambah Nabila meskipun mereka berbeza usia 10 tahun namun dia menyifatkan Mr AA seorang yang penyayang serta pandai memasak. Sumber : Astro Gempak, Rotikaya
|



MatDeghem replied at 9-2-2026 11:31 AM
bukan aje Nabila, si adik nya.... little miss klentit pun sama dah lalui macam2......

MatDeghem: bukan aje Nabila, si adik nya.... little miss klentit pun sama dah lalui macam2......
MatDeghem replied at 8-2-2026 05:31 PM
bukan aje Nabila, si adik nya.... little miss klentit pun sama dah lalui macam2......


sayawifenikmie replied at 9-2-2026 02:59 PM
macam anak down syndrome saya pulak .. suka pakai seluar pendek macam ni
sebab anak saya rendah dan ...


L.U.S.M replied at 9-2-2026 04:20 PM
Sex appeal ye calves jantan..
sebab tu ada yang suka tunjuk...
wpon bulu mcm mawas



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.072192 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.