CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Untuk Fazura, Saya Minta Maaf Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki” - Lan Pet Pet

9-2-2026 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19341| Komen: 59

 



Pelawak Lan Pet Pet tampil memohon maaf secara terbuka kepada pelakon Nur Fazura susulan dakwaan membuat lawak ‘double meaning’ sehingga mengundang kecaman ramai.


Menerusi perkongsian di Instagram, Lan berkata dia tidak menyangka gurauan yang dilemparkan secara spontan itu boleh menimbulkan rasa kurang senang atau menyentuh perasaan aktres itu.



“Untuk Fazura, Abang Lan minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Dalam tak sedar asyik melawak ada yang menyentuh hati dan perasaan Fazura,” katanya.

Sementara itu, Lan turut memohon maaf kepada peminat Fazura dan Senario serta mengakui dirinya hanya manusia biasa tidak terlepas melakukan kesilapan.

“Kepada semua peminat Fazura dan Senario, saya langsung tiada niat apa-apa pun. Saya hanya manusia biasa. Sekali lagi saya minta maaf terlepas cakap, dan suasana waktu itu saya pun tidak sedar,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura turut dilihat memuat naik hantaran menerima permohonan maaf daripada Lan Pet Pet walaupun hati pernah terguris. Fazura turut berharap agar kejadian tersebut menjadi pengajaran dan teladan buat kita semua.



“Susuli permohonan maaf secara terbuka oleh saudara Lan, Faz memilih untuk segera memaafkan sepertimana segera pula saudara Lan memohon maaf atas kekhilafan anda.

“Ini kerana, walaupun hati pernah terguris.. keinginan mencapai redha Allah SWT adalah lebih utama,” tulisnya.






Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aammyy 9-2-2026 08:54 AM
Baru je lepas tgk video tu. alahai, kalut sgt dgn live tiktok. Dh tua2, bawak2 mengucap la
Quote Aribaariba 9-2-2026 09:02 AM
Mohon faz or anyone before Collab, demand that no Collab dgn certain risky celebs esp yg low minded mcm lan pet pet ni. Sign the deal that any lawak lucah in the event, kena bayar fine between 10k to 50k
Quote pocongkiutss 9-2-2026 09:03 AM
aammyy replied at 9-2-2026 08:54 AM
Baru je lepas tgk video tu. alahai, kalut sgt dgn live tiktok. Dh tua2, bawak2 mengucap la :shakehea ...

Dia ckp apa noks? Masa dia buat lawak double meaning tu dia ckp depan2 mekjurah ke ? Gilos
Quote freyayong 9-2-2026 09:15 AM
eee apa punya perangai. dah tua bangka ckp mcm tu. bini dia xmalu ke laki ckp cmtu. bodoh betul.
Quote aammyy 9-2-2026 09:22 AM
pocongkiutss replied at 9-2-2026 09:03 AM
Dia ckp apa noks? Masa dia buat lawak double meaning tu dia ckp depan2 mekjurah ke ? Gilos

[twitter]https://twitter.com/bckupacc99/status/2020377216698446176?s=46[/twitter]

Yerr. Kesian faz clueless.
Quote noell 9-2-2026 09:25 AM
pocongkiutss replied at 9-2-2026 09:03 AM
Dia ckp apa noks? Masa dia buat lawak double meaning tu dia ckp depan2 mekjurah ke ? Gilos

baca komen dlm tt dia tanya fazura brapa lama dh kering & kata tunggu lg setahun ketat balik aku baca sekali imbas pasai byk komen dok hentam pet2 neh

Quote red_velvet 9-2-2026 09:26 AM
Sayangnya bini dah berkelubung tapi laki belum lagi puas membodoh kan diri..
Quote cm_vungtau 9-2-2026 09:44 AM
Kalau tengok senario dulu2 pun memang selalu lawak double meaning
Quote prince_marhaen 9-2-2026 09:51 AM
pocongkiutss replied at 8-2-2026 03:03 PM
Dia ckp apa noks? Masa dia buat lawak double meaning tu dia ckp depan2 mekjurah ke ? Gilos

Masa tu lepas PC event duta Jakel kat branch JB, tengah santai2, si pekpek ni buat live tiktok,
sambil2 dia baca komen, first komen suruh panggil Faz, dia panggil, pastu dia baca komen;
"cakap kat Faz merafak sembah tengku" (diorg kat JB - so yeahhh...)
Faz pun blurr... cakap la jugak "errr...merafak sembah.."
Pastu dia cakap lah jangan kacau ke apa, dia dah kosong (janda)... pastu toleh Faz berapa lama? dia tanya... sambil buat jari macam gunting (putus).. Faz jawab lah..
Dia kata haa baru lagi belum kering... tunggu lama ketat sikit....

Macam tu lah lebih kurang..
Tengah2 live ye. Atas stage pulak tu..

Memang low IQ si pekpek ni.. ingat semua benda boleh melawak bodoh macam tu.
Kena kat kerabat dia menggelupohhhh..
Quote pocongkiutss 9-2-2026 09:52 AM
noell replied at 9-2-2026 09:25 AM
baca komen dlm tt dia tanya fazura brapa lama dh kering & kata tunggu lg setahun ketat balik aku b ...

Eh b4b1 siaaaaaaa..eh ko kenapaaaaaaaaaaaaaaaa

Omg mujur tak klik video atas tu..baca pun berasappp haa marahhhhh
Quote pocongkiutss 9-2-2026 09:53 AM
prince_marhaen replied at 9-2-2026 09:51 AM
Masa tu lepas PC event duta Jakel kat branch JB, tengah santai2, si pekpek ni buat live tiktok,
s ...

Atas stage???? Mana pegi otak dia weeeehh

Jakel pls buang dia la dr list duta..bodonyaa..geng senario lain ada ke kat situ?
Quote aint 9-2-2026 09:54 AM
noell replied at 9-2-2026 09:25 AM
baca komen dlm tt dia tanya fazura brapa lama dh kering & kata tunggu lg setahun ketat balik aku b ...

well kalo camtu yg Lan cakap... tu bkn double meaning... tu mmg direct cakap melampau...


iols bkn peminat fazura pun... tp mana2 lelaki yg cakap camtu... mmg kuang ajaq / biadap la
Quote pocongkiutss 9-2-2026 09:54 AM
aammyy replied at 9-2-2026 09:22 AM
Yerr. Kesian faz clueless.

Weh..mujur iols tak klik video ni td..iols baca komen2 kt bwh ni ..tak sanggup nk tgk weh..tak kenapa mulut pekpek tu???
Quote prince_marhaen 9-2-2026 09:56 AM
pocongkiutss replied at 8-2-2026 03:53 PM
Atas stage???? Mana pegi otak dia weeeehh

Jakel pls buang dia la dr list duta..bodonyaa..geng sen ...

Ada, tp mereka mcm tgh sembang2, atau layan media/peminat...mcm tengah santai2 lepas event lah..
kira Faz pun tengah berbual pastu dia panggil masuk live TT dia sambil baca komen.


Quote putribonda 9-2-2026 10:04 AM
teman tak minat senario.
baik sapa pun suma tak minat.
sbb suka sgt lawak double meaning.
lagi2 si petpet ni.
tertengok depa jd artis undangan dlm melodi kot.
diaaaa je nak cakap. cakap pulak bajet2 bagus.
pastu tiba2 je pi selawat beria.
bagus selawat tp tengok keadaan lah.
host tengah duk cakap2 tanya2 depa, boleh lak dia tetiba selawat.
tak kena betulll.
tp dia mmg bajet bagus dan belagak ke mcm mana ntah kalau bercakap tu.
dia mmg ketua kumpulan senario ke apa.
sbb org lain mcm tak dpt nak cakap je.
Quote BoongaKertas 9-2-2026 10:08 AM
prince_marhaen replied at 9-2-2026 01:51 AM
Masa tu lepas PC event duta Jakel kat branch JB, tengah santai2, si pekpek ni buat live tiktok,
s ...

omg keji eh. mujur iols x tgk. x sggup tgk org bodo buat lawak and jatuhkan imej wanita.
Quote BoongaKertas 9-2-2026 10:10 AM
tp dia kan dah tua? otak dia tertinggal kat kg ke wehh? whyyyy a pakcik can say like this? jap, on another note. iols perasan jantan2 meleis yg spesis dia (tua and education tak berapa tggi) mmg suka buat lawak double meaning.
Quote cmf_Strawberry 9-2-2026 10:19 AM
Keji juz a reflection of orang-orang yang biasa cakap bahasa kotor. Gantung je la dia ni, jgn nak enable perkara buruk ni.
Quote cik_ingeniare 9-2-2026 10:24 AM
Ayat macam gampssss ye si lan ni.. iols baca kat thread ada yg share pernah kena gak dgn si lan ni.. duk buat ayat 18sx secara umum dgn orang awam..

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.499913 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top