Oleh Adib ZA Loading FB Post...
Blogger terkenal, Papagomo yang menjadi bualan kerana videonya menampar seorang warga Pakistan, menjadi viral di laman sosial. Video itu kini meraih 1.4 juta tontonan dan dikongsi lebih 30,000 kali. Menjelaskan perkara itu, Papagomo dalam laman Facebook Sir Azri berkata tindakannya menyerang pekerja asing itu kerana dia (pekerja asing) melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya bersama dua rakan.
"Bukan tidak percaya pada pihak polis tetapi masa yang panjang dan dengan keadaan hari ini yang mana agak susah untuk mengheret pekerja warga asing ini ke balai polis dan silap-silap kes tidak dibawa ke muka pengadilan. Malah lebih teruk lagi pekerja warga asing lari balik ke negara mereka dan kes jadi NFA (tiada tindakan lanjut). "Jadi aku selaku abang membuat tindakan sendiri yang pada aku pengajaran perlu diberikan kepada pelaku yang membuat gangguan seksual. "Aku bukan samseng tapi aku lelaki yang merupakan seorang Abang kepada adik adik Aku. Dah tu takkan aku nak biar benda tak elok berlaku kepada Adik Aku lepas tu baru Aku nak menangis macam Pondan?" terangnya. Dalam pada itu, ia menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen. Namun, mereka ramai yang menyatakan tindakan sedemikian adalah wajar untuk melindungi anggota keluarga sendiri. "Ini gentlemen namanya..memang guna sedikit kekerasan namun beri kesan dan pengajaran," ujar seorang netizen. "Ada abang pelindung macam ini..rasa selamat di perantauan.." kata seorang lagi netizen. Viralnya video begini sebenarnya dapat jadi pengajaran kepada semua terutamanya lelaki, jangan sesekali mengganggu lebih-lebih melibatkan gangguan seksual kepada kaum wanita. Dan kepada ahli keluarga lelaki, adakah anda seberani Papagomo mempertahankan ahli keluarga? - CARI Infonet |
sapp73 replied at 4-2-2016 07:45 AM
kaka gosht...bidio tak bole bukak
GhostWalking replied at 4-2-2016 03:47 PM
https://www.youtube.com/watch?v=RAGM1kyB8OM
sapp73 replied at 4-2-2016 07:49 AM
tq kaka
dah macam taliban papa gomo
GhostWalking replied at 4-2-2016 03:59 PM
ada rupa papa gomo sikit kan?dia sekarang kan dah kurus gitewww
zamzam replied at 4-2-2016 08:01 AM
kau tak baca artikel tu ker??
Menurut Sir Azri, kejadian itu berlaku pada 29 haribulan dan anta ...
shamsadis replied at 4-2-2016 03:44 PM
teringat kisah makcik sorang tu dia potong nonek laki dia warga Paki jua
ADVERTISEMENT