|
PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengakui sedih dengan situasi yang berlaku di Parlimen baru-baru ini.
Tidak menyatakan secara jelas insiden yang dimaksudkan, beliau sebaliknya menyeru semua pihak supaya mengutamakan empati, adab dan saling menghormati dalam apa jua perjuangan. Menerusi kenyataan di media sosial, beliau berkata, situasi itu mengingatkannya tentang pertemuan bersama tokoh ilmuwan Islam antarabangsa, Dr. Abdal-Hakim Murad atau nama asalnya Timothy John Winter. Menurut Zulkifli, Dr. Abdal-Hakim pernah menasihati empati perlu dizahirkan bukan sahaja sesama muslim, malah kepada bukan muslim kerana setiap manusia adalah keturunan Nabi Adam. “Cubalah berempati dengan orang lain dan melihat keadaan mereka dari sudut pandang mereka, sama ada muslim atau bukan muslim. Layan semua dengan hormat kerana kita berasal daripada bapa yang sama, Nabi Adam AS. “Jangan membenci orang yang tidak beriman, sebaliknya kasihanilah mereka, kerana dalam kebanyakan keadaan kekufuran mereka berpunca daripada kejahilan, yang mungkin merupakan kesalahan kita juga sama seperti kesalahan mereka,” katanya memetik nasihat tersebut. Dalam kenyataan sama, Zulkifli menegaskan bahawa akhlak dan adab tidak pernah melemahkan perjuangan, malah akan meningkatkan martabat dan nilai sesuatu usaha yang diperjuangkan. Beliau turut menggalakkan masyarakat membaca buku Nahnu Du‘at La Qudhat (Pendakwah Bukan Penghukum) karya Syeikh Hasan Ismail al-Hudaibi sebagai panduan dalam berdakwah dan membina kefahaman. Zulkifli seterusnya menyeru semua pihak supaya terus bersatu dan fokus membina negara dengan sebaiknya. “Jom semua, kita terus fokus bina negara sedaya upaya,” katanya. Sumber:– KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.031711 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.