|
Pelakon Diana Danielle enggan mengulas mengenai dakwaan bekas suaminya, Farid Kamil didakwa terlibat dengan kes dadah.
Memetik mStar Online, Diana berkata dia tidak tahu mengenai berita berkenaan serta berharap dakwaan itu tidak benar. “Saya tak boleh nak komen lebih lanjut sebab saya pun tak tahu apa yang berlaku. Saya harap berita ini tidak benar. Saya memang tak tahu apa-apa. Apa yang boleh saya cakap, saya mendoakan yang terbaik,” katanya. Minggu lalu, polis menahan pelakon terkenal selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah. Sumber turut memberitahu pelakon itu akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat. Sumber: mStar Online, Rotikaya |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.031137 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.