|
Pelakon Aidil Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isu isterinya iaitu Fasha Sandha yang tampil tidak bertudung dalam drama Doa Yang Terlindung.
Memetik mStar Online, Aidil berkata perkara itu terlalu peribadi buat dia dan isterinya serta memohon maaf tidak dapat memberikan komen. “Saya tiada sebarang komen sebab kami tidak mahu cakap apa-apa, saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan komen sebab lebih baik fokus kepada Drama Sujud Terakhir ini. “Saya anggap begitu sebab perkara ini terlalu peribadi buat kami jadi maaf sangat kerana tidak mampu berikan sebarang komen,” katanya. Sementara itu, Aidil berkata dia dan Fasha akan berbincang sebelum menerima sebarang tawaran berlakon. “Saya tahu drama tu juga tular dan mungkin rezeki isteri saya, malah Fasha juga ada beritahu saya yang drama ini akan tular, malah setiap watak yang dibawa oleh isteri kami akan berbincang dulu. “Sebagai pelakon, tanggungjawab kami untuk sampaikan mesej. Bukan main pilih saja kerana semakin kuat mesej, semakin berat tangunggjawab pelakon. “Saya setuju dia terima tawaran untuk drama tersebut, kalau tak setuju tidak mungkin dia akan buat,” katanya. Sumber: mStar Online. Rotikaya
|
Saya tahu drama tu juga tular dan mungkin rezeki isteri saya, malah Fasha juga ada beritahu saya yang drama ini akan tular, malah setiap watak yang dibawa oleh isteri kami akan berbincang dulu.
dewi_rina replied at 6-2-2026 11:45 AM
Pasal ustad irfan pnya muka org kata tak hensem pandai pulak pasha ni komen, tang dia tak bertudung ...
Prickford replied at 6-2-2026 02:37 PM
Lahhhh...apo nampak orang komen kat FB kata drama ni Pasah shooting 4 tahun lepas. Bila tengok, dram ...
Missjass replied at 6-2-2026 07:00 AM
baru je habis shooting 3 minggu lepas, scene dia dalam drama ni ada yang bertudung dalam rumah ada ...
babelina replied at 6-2-2026 02:19 PM
smlm kt melodi.. dorg tny dia xnk komen.. pastu dia tny pernah dia ckp yg dia dh berhhijab sepenuhny ...
Prickford replied at 6-2-2026 04:20 PM
Nak make it real kot. Pasal netizen kan selalu komplen drama lakonan artis bertudung, dalam rumah, ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.042133 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.