|
Usahawan Noor Nabila mengesahkan gambar lelaki berjambang yang dimuat naik di Insta Story miliknya adalah kekasih hatinya yang dikenali sebagai MR AA. Memetik mStar Online, Nabila berkata dia sudah mengenali Mr AA sejak April tahun lalu dan masih dalam fasa mengenali satu sama lain. “Dia adalah lelaki yang sedang saya kenali rapat sekarang ini. Dia merupakan seorang jurulatih peribadi dan sekarang rakan kongsi untuk perniagaan yang saya usahakan. “Pada tahap usia dan pengalaman hidup saya sekarang ini, saya lebih menghargai ketenangan, nak rasa selamat daripada segi emosi serta cara berfikir berbanding perkara lain. “Kami dah kawan sejak April tahun lalu dan terbuka ke arah perkahwinan. Kedua-dua keluarga pun dah restu hubungan ini. Alhamdulillah,” katanya. Sementara itu, Nabila berkata meskipun mereka berbeza usia 10 tahun namun dia menyifatkan Mr AA seorang yang penyayang serta pandai memasak.
“Sifatnya ceria, tenang, penyayang dan sangat menghormati saya serta keluarga terutama anak saya. Dia juga miliki naluri kebapaan semula jadi. Itu yang sangat saya hargai sebagai seorang ibu. “Apa yang buatkan saya lebih tertarik adalah dia pandai memasak. Kami juga buat persiapan untuk mengusahakan perniagaan makanan Jepun bersama,” katanya. Dalam pada itu, Nabila berkata selepas melalui pengalaman perkahwinan sebelum ini dia kini lebih berhati-hati untuk mengenali seseorang serta meminta mendoakan hubungan mereka dipermudahkan. Sumber & kredit gambar: mStar Online, Rotikaya |

boudinniA replied at 6-2-2026 11:15 AM
Yang ini takde ke ustaz, ustazah, influencers islamik, PU nak tegur. Kalau artis atau orang lain laj ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070784 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.