|
Usahawan yang juga kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto berpelukan dengan seorang jejaka dalam media sosialnya hari ini.
Dalam foto tersebut, Noor Nabila, 42, yang memakai dres berwarna ungu dirangkul lelaki berkenaan yang menyarung baju berwarna putih dengan berlatarkan hiasan indah bunga-bungaan. Bagaimanapun dia tidak mendedahkan wajah jejaka tersebut sementelah menutup dengan emoji berbentuk hati. Bukan sahaja momen berpelukan, Nabila turut berkongsi foto jejaka berjambang berkenaaan bersama anak lelakinya, Jebat Jayden. Perkongsian tersebut seterusnya meraih pelbagai reaksi netizen selain doa agar hubungannya dengan jejaka berkenaan berkekalan. “Sudah ada pengganti, tahniah Nabila. “Tumpang bahagia, harap kali ini kekal bahagia,” komen netizen. Terdahulu, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac 2021 sebelum disahkan bercerai pada 25 Septermber 2023. Sebelum itu, Nabila juga pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Sumber: kosmo
|

prince_marhaen replied at 5-2-2026 09:48 AM
Adik-beradik jenis mudah digesel.
Alangkan dah cerai pun boleh gi holiday sama ye dokkkk...
bintangct replied at 4-2-2026 04:12 PM
manakala ustaz dan ustajah jadian dok pungpang² pasal maksiat aurat siap ada slot tv sendiri
Eh m ...
innocentsangat replied at 5-2-2026 12:40 PM
Alif Aziz ke bukan?

bintangct replied at 5-2-2026 10:12 AM
manakala ustaz dan ustajah jadian dok pungpang² pasal maksiat aurat siap ada slot tv sendiri
Eh m ...




gadis_tulip replied at 5-2-2026 11:00 AM
Wah, laku keras. Dah nak kawen kali ke empat! Tahniah noks.


L.U.S.M replied at 5-2-2026 05:03 AM
40tahun 4jantannnnn and tiada yg kekal
acikbajuhijau replied at 5-2-2026 01:07 PM
kerja membilang aje...




Prickford replied at 5-2-2026 11:04 AM
Meanwhile jahlop masih stuck dgn tayangan muka anak dia. Orang dah tak amik port oiiii...




..




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.762060 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.