CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sakit, macam orang hembus depan muka ‘Alya awak gemuk’

5-2-2026 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16367| Komen: 22



LAMA tidak nampak kelibat pelakon Alya Iman dalam mana-mana naskhah terbaharu. Rupa-rupanya, dia memang sengaja merehatkan diri daripada sebarang kerjaya seni demi penampilan lebih segar dan menawan.

Selama enam bulan ‘berpuasa’ banyak perkara, pemilik nama lengkap Nur Alya Iman Azmil itu berjaya turunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) dan kini sedia untuk kembali aktif.

“Sejujurnya 2025, tahun yang agak emosional untuk saya. Memang enam bulan saya duduk rumah untuk berehat dan kembali ke bentuk badan asal.

“Saya buat comeback (kemunculan semula) 2026 ini, jadi setakat ini alhamdulillah nampaklah jalan itu cerah sikit,” katanya kepada HibGlam.

Mengakui tertekan mendapat kritikan untuk menurunkan berat badan, Alya menyifatkan pelakon juga mempunyai hati dan perasaan apabila berhadapan dengan kata-kata negatif.

“Ya sangat (tekanan orang suruh turunkan berat badan). Pelakon pun manusia, kami tetap ada perasaan.

“Umpama macam orang cakap secara langsung di hadapan muka ‘Alya, awak gemuk’. Tak ke kita rasa sakit hati tetapi pada masa sama sebagai pelakon saya faham kita kena tampil cantik dan sempurna dalam skrin,” katanya lagi.

Babak mengancam

Bercakap mengenai perkembangan kerjaya, pelakon berusia 25 tahun itu bakal tampil menerusi drama slot Lestary berjudul Bila Cinta Menjadi Dosa yang memulakan siaran pada 27 Februari depan.

Memegang watak sebagai Nurul Yasmeen, Alya mengakui naskhah tersebut mempunyai tarikan tersendiri, namun dalam masa sama hadir dengan jalan cerita yang agak membimbangkan.

“Saya memegang watak Yasmin dalam Bila Cinta Menjadi Dosa, naskhah ini berbeza daripada cerita lain sebab dia macam karya antarabangsa dan agak menakutkan sebab ternyata memang kejadian dalam cerita ini ada dalam kehidupan realiti.

“Sesungguhnya saya sebenarnya agak takut sebab cerita ini ada juga babak-babak yang ‘mengancam’ orang kata.

“Berdasarkan tajuk, memang banyak dosalah dekat dalam itu. Jadi, saya pun rasa bersalah nak paparkan, apatah lagi bulan puasa.

“Tapi saya tak boleh kawal sebab memang tayang waktu itu. Cumanya, setakat ini okey saja,” luahnya.

Menyentuh mengenai babak ‘mengancam’ yang perlu dilakonkan, pelakon drama Pabila Dia Tersenyum itu tetap profesional meskipun mengakui wujud rasa kurang selesa.

“Wujud rasa tak selesa tapi kita hanya menjalankan kerja kita. Bila saya tengok skrip, ada yang lagi mengancam cuma tak buat lagi sebab sekarang masih menjalani penggambaran.

“Bagi saya sebagai seorang pelakon, awak perlu cabar diri untuk buat apa sahaja babak. Janganlah sampai terlalu ‘antarabangsa’ (keterlaluan) sangat.

“Tapi untuk saya memang sebagai seorang pelakon, saya akan cuba yang terbaik dan ikut apa yang diberi atau diarahkan,” ujarnya.

Hero senior

Menerusi drama terbabit, Alya bertuah apabila dapat bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Zamarul Hisham walaupun mulanya timbul rasa bimbang.

“Saya ada dua hero, satu Zairi Aziz dan seorang lagi Zamarul Hisham. Bila ada hero lebih senior, kadang-kadang takut kita tak cukup beraksi.

“Takut saya mengecewakan orang jadi saya ‘study’ di rumah dan buat usaha lebih sikit.

“Setakat ini, saya tak perlu try hard untuk cari keserasian. Memang setiap kali saya menjalani penggambaran dengan orang yang berpengalaman, keserasian memang terus ada.

“Dia macam secara semula jadi. Sebenarnya lagi susah nak cari keserasian dengan pelakon sebaya saya,” tuturnya.

Anak kepada selebriti bintang legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu menambah, kredibiliti pelakon lama yang hadir ke set dengan persiapan rapi memudahkan urusan semua pihak.

“Kita tak tahu perangai dia macam mana sebab bila pelakon sebaya saya, kita kena tahu perangai dia di set.

“Macam orang lama, memang mereka datang set untuk bekerja saja. Mereka dah faham dan ‘terror’ (handal), jadi tak susah cari kesesuaian.

“Mereka datang ke set pun sudah siap berkarakter,” tutupnya.


Sumber: kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-2-2026 09:45 AM
Edited by prince_marhaen at 4-2-2026 03:47 PM

Ye keeeeeeeeeeeee nokkkkk???!!!! gemok sebab sihir ke sebab tiba-tiba 'berisi' ni? Ayah gula terlupa pakaiii keeee tuuu.... opsssss!!!
  


Quote goldden 5-2-2026 09:57 AM
prince_marhaen replied at 5-2-2026 09:45 AM
Ye keeeeeeeeeeeee nokkkkk???!!!! gemok sebab sihir ke sebab tiba-tiba 'berisi' ni? Ayah gula terlupa ...

sapo bapak gula minah ni
Quote Perils 5-2-2026 10:51 AM
X cite psl jantan, mst cite psl kurus gemuk.dah 2026 dah woi
Quote putribonda 5-2-2026 11:14 AM
prince_marhaen replied at 5-2-2026 09:45 AM
Ye keeeeeeeeeeeee nokkkkk???!!!! gemok sebab sihir ke sebab tiba-tiba 'berisi' ni? Ayah gula terlupa ...

dia ada cakap gemok sebab sihir ke
Quote aryyan 5-2-2026 11:23 AM
Perils replied at 5-2-2026 10:51 AM
X cite psl jantan, mst cite psl kurus gemuk.dah 2026 dah woi

dia asal berat brapa klo bleh turun 20kg. xkn dr 60 jd 40kg.


Quote LaskarHijayu 5-2-2026 11:24 AM
prince_marhaen replied at 5-2-2026 09:45 AM
Ye keeeeeeeeeeeee nokkkkk???!!!! gemok sebab sihir ke sebab tiba-tiba 'berisi' ni? Ayah gula terlupa ...

Terpikir mende sama gak huhuhu
Quote putribonda 5-2-2026 11:37 AM
aryyan replied at 5-2-2026 11:23 AM
dia asal berat brapa klo bleh turun 20kg. xkn dr 60 jd 40kg.

rasanya sbb dia tinggi so berat dia lebih kot 60kg sebelum ni
Quote Nurkaseh01 5-2-2026 11:46 AM
aryyan replied at 5-2-2026 11:23 AM
dia asal berat brapa klo bleh turun 20kg. xkn dr 60 jd 40kg.

70 berat dia sebelum ni
Quote red_velvet 5-2-2026 11:49 AM
Mana ada gemok.. Body sedap2 camtu OK dah, dia pun tinggi..
Quote prince_marhaen 5-2-2026 12:26 PM
putribonda replied at 4-2-2026 05:14 PM
dia ada cakap gemok sebab sihir ke

before this ada mention badan dia berisi sebab takut kena sihir ain orang asyik komen dia gemuk macam satu 'doa' ...


Quote L.U.S.M 5-2-2026 01:07 PM
prince_marhaen replied at 5-2-2026 09:45 AM
Ye keeeeeeeeeeeee nokkkkk???!!!! gemok sebab sihir ke sebab tiba-tiba 'berisi' ni? Ayah gula terlupa ...

Another story cm Mia Sara mia keeee

Jeng jeng jengggg...
Quote kucingitam 5-2-2026 01:22 PM
masa berlakon si bakhil dgn bunganya pun dah nampak berisi. moga tahun ni bnyk drama ko dik..lakonan ko best dik.
Quote prince_marhaen 5-2-2026 01:50 PM
L.U.S.M replied at 4-2-2026 07:07 PM
Another story cm Mia Sara mia keeee

Jeng jeng jengggg...

Sekadar mengimbas kisah lama uols....hahahahaha! Jejak digital tidak akan terhapus ya~~
Quote Shayang 5-2-2026 02:08 PM
Sebenarnya bila 6 bulan dorang tak berlakon tu mmg ada duit laa ye utk mkn minum. Ke ada buat kerja lain yg tak perlu nampak muka.
Kalau retis hollywood  aku tak pelik berlakon 1 filem je setahun sbb pendapatan tahunan dorang pun berbillion.
Quote L.U.S.M 5-2-2026 02:33 PM
prince_marhaen replied at 5-2-2026 01:50 PM
Sekadar mengimbas kisah lama uols....hahahahaha! Jejak digital tidak akan terhapus ya~~

Mia tu pun sebenarnya MIA bersebab...
hujung2 dia salahkan org xbg dia watak org dewasa...apoooo

Yg Minah ni plak salahkan gemukceh
Quote prince_marhaen 5-2-2026 02:51 PM
Shayang replied at 4-2-2026 08:08 PM
Sebenarnya bila 6 bulan dorang tak berlakon tu mmg ada duit laa ye utk mkn minum. Ke ada buat kerja  ...

Entah lah, kalau kau berlakon back to back, banyak series setahun, atau 2-3 filem setahun, ada endorsement product, jadi ambassador or model product, mungkin the next year kau boleh rest 5-6 bulan, itu betul2 laku & orang semua kenal muka kau lah...

Tapi ni berlakon pun suam-suam je, 1-2 project short series, job lain tak banyak..... emmmm... maintainance tinggi.. very the suspicious lah.
Takkan tak berbelanja ye dak... knowing harga paling mahal berlakon filem pun kau kena ada side job, itupun macam artis gred AAA macam primadona Erra ke Maya Karin ke... diorg work hard setahun, next year relax, tu pun tak lama..

Yang lama2 sampai berbulan2 ni suspicious ye. Hihi.
Quote songket_merah 5-2-2026 03:03 PM
prince_marhaen replied at 5-2-2026 02:51 PM
Entah lah, kalau kau berlakon back to back, banyak series setahun, atau 2-3 filem setahun, ada end ...

kalau macam pijo tu macam mana ek
Quote Prickford 5-2-2026 03:17 PM
prince_marhaen replied at 5-2-2026 06:51 AM
Entah lah, kalau kau berlakon back to back, banyak series setahun, atau 2-3 filem setahun, ada end ...

Kannnn...muka dalam setahun bukan kita nampak pon kat panggung dan tv. Mentenen je dah tinggi. Pastu takkan la bayar rumah sewa level PPR atau pakai kereta Proton Saga Aeroback. Fishy. Berehat 6 bulan sebab gemok, sampai nak sakit2. Kalau camtu, si Sherry Padat tu dah lama benti jadi artis.
Quote cap_ayam 5-2-2026 05:27 PM
Berapa tinggi dia?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.720439 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top