CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zara Zya tak ‘goyang’ nampak makhluk halus, percaya manusia lebih mulia - "Rasa takut adalah disebabkan wajahnya yang buruk namun..."

4-2-2026 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30864| Komen: 3


 


PELAKON Zara Zya mendedahkan dirinya sudah lebih 10 tahun berdepan gangguan mistik dan boleh melihat makhluk halus.

Biarpun bukan satu perkara baharu, namun kata Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, situasi itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aktiviti hariannya.

"Apa yang membuatkan saya rasa takut adalah disebabkan wajahnya yang buruk. Namun kita tak seharusnya takut, sebab manusia adalah makhluk Allah yang lebih mulia.

"Sebelum ini lebih teruk sebab saya boleh nampak dengan lebih jelas sehinggakan kedai kegemaran saya pun dah tak boleh pergi sebab nampak benda itu. Sekarang semakin baik.

"Memang sangat mengganggu daripada segi mental dan fizikal. Contohnya saya susah nak menghafal sebab dia kacau. Saya sudah lalui perkara ini lama dan sangat menyusahkan," katanya kepada mStar.

 



Zara ditemui pada majlis tayangan Kandungan Ramadan Astro 2026 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Pelakon itu berkongsi perkara tersebut sebagai respons kepada hantaran yang dimuat naik di Threads berhubung situasi dia ternampak makhluk halus di kawasan rumahnya.

Bagaimanapun Zara enggan terlalu berkongsi apa yang dilalui selama ini kerana sedar ia akan mendatangkan kesan kepada diri sendiri.

"Apa yang saya kongsi baru-baru ini sebab rasa seperti meluat melihat 'dia' ada di situ. Nak cerita lebih pun perkara ini agak sensitif.

Saya sudah lalui perkara ini lama dan sangat menyusahkan" katanya.
 
"Orang mungkin kata saya sengaja reka cerita atau mahukan perhatian. Hanya yang mengalami sahaja tahu. Sebenarnya 'dia' tahu. Nak cakap lebih takut juga," kongsinya.

Sepanjang tempoh berdepan situasi ini, Zara telah mendapat pelbagai rawatan termasuk berjumpa psikiatri.

Berharap dirinya dapat pulih daripada masalah itu, Zara bersyukur diberi kekuatan untuk terus bersemangat dan tidak mudah berputus asa.

"Mestilah saya sudah pergi berubat, cuma Allah belum izinkan saya pulih sepenuhnya. Saya dah jumpa psikiatri dan makan ubat. Sekarang ini hanya lalui sahaja semua ini.

"Selalunya saya amalkan zikir dan akan pasang video ketika tidur. Syukur Allah beri kekuatan untuk saya bersemangat. Saya tidak akan tunduk dengan benda ini," luahnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NuansaBiru 4-2-2026 03:51 PM
Hijab terbuka patut nampak belaka, jin, syaitan, malaikat, virus, bakteria
Ni melayu kalu sembang hijab terbuka asik nampak hantu saja
Quote helicornia 5-2-2026 12:16 AM
Pegi check psikiatri jugak.nampak benda bukan2 ni tanda gangguan jiwa jugak.i tk kata dia ada gangguan jiwa tp pegi la check
Quote prince_marhaen 5-2-2026 09:42 AM
Tak cerita pasal jantan, cerita pasal sakit, cerita pasal mistik. Ulang semula pattern. Boleh dah ganti Zulin Terdampar.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 1.452205 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top