|
PERKONGSIAN foto mesra pelakon Fasha Sandha bersama suami mengundang kecaman ramai apabila turut memaparkan aktres Sharifah Sakinah yang memeluk Adil Aziz. Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram itu memaparkan Aidil merangkul erat Fasha dan Sakinah sambil tersenyum ke arah kamera. Difahamkan foto berkenaan diambil ketika mereka bertiga menghadiri sebuah acara bagi mempromosikan drama terbaharu lakonan Aidil dan Sakinah berjudul Sujud Terakhir Encik Norman. Bagaimanapun kemesraan tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan perbuatan berpelukan bersama suami orang adalah tidak wajar. Malah mereka juga meluahkan rasa hairan apabila Fasha seakan-akan memberi kebenaran suaminya dipeluk wanita lain. "Yang post tuan punya badan, jadi dia okay perempuan lain peluk lelaki dia. "Haram tetap haram, lepas itu jangan pelik kalau kena sondol. Laki orang kau peluk itu, bukan laki orang pun berdosa tau! "Sakinah jangan biasakan peluk suami orang, Fasha pula jangan terlalu terbuka dengan anggapan awak isteri sporting," antara komen netizen. Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Fasha berhubung isu berkenaan tidak berhasil apabila pelakon berkenaan memilih enggan memberikan sebarang komen. Sumber: mStar
|
babelina replied at 5-2-2026 03:27 PM
retis u ols.. tingat zaman2 rajalawak memula dulu.. i ols pegi sbb kenal la ngn sesorg tu kn.. dorg ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.428740 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.