|
Pelakon Zarina Zainuddin membawa anak istimewanya, Azil mengenakan persalinan pengantin lelaki mengikut adat Jawa di Malang, Indonesia. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Zarina atau nama penuhnya Nur Zarina Mohd Zainuddin seakan menerima takdir bahawa anaknya, Azil tidak akan berumah tangga. Tambah Zarina, anak istimewa seperti Azil akan dikurniakan jodoh di syurga kelak. "Biarlah menjadi kenangan gambar ini. Azil tidak mungkin akan bernikah. Anak syurgaku ini tak boleh bercakap. Jodohnya nanti di syurga bersama bidadari. Foto ini ku abadikan di Malang, Indonesia. Semasa sesi bergambar, Azil bagus sangat, tidak ada sebarang karenah. Ikut saja bila dipakaikan persalinan Jawa satu persatu." Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Azil yang dilihat berbeza sekali gus tampil dengan gaya yang segak. Selain itu, warganet turut mendoakan agar anak-anak istimewa Zarina dikurniakan bidadari syurga. Sumber: TikTok @zarina zainuddin, Oh Bulan |
Rachel_Green replied at 4-2-2026 02:29 PM
setiap ibu pasti mempunyai impian untuk anak2 dia. nak tengok anak grad , nak tengok anak kahwin , n ...
bintangct replied at 3-2-2026 11:39 PM
mcm mana dia bwk anak dia ni naik flite? kalau dtg agresif dia mcm mana ya

prince_marhaen replied at 4-2-2026 02:16 PM
SIBUKKKKKKKKKKKKKKKKKK nak kawinkan anak.....risau betul kebajikan konek anak dia tak terjaga...
Ag ...
goldden replied at 4-2-2026 04:40 PM
hampir tersembur ayaq kopi den bila baca komen hang
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.334099 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.