CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aedy Ashraf Setuju Lelaki Miskin Belum Layak Kahwin - "Kau Miskin Tapi Buat Anak. Dah Miskin Sorang-Sorang Lepastu Kau Heret Anak Bini"

4-2-2026 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8456| Komen: 18


 



Pelakon Aedy Ashraf bertetuju dengan pendapat seorang netizen bahawa lelaki perlu bersedia serta membuat persiapan dari pelbagai sudut sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Menerusi satu hantaran di Threads, individu itu berkata seorang lelaki tidak seharusnya tergesa-gesa berkahwin sekiranya belum bersedia dari segi tanggungjawab serta mentaliti untuk bergelar sebagai seorang suami serta bapa.

 


“Jenayah terbesar lelaki buat adalah bila kau miskin tapi kau kawin. kau miskin tapi buat anak. kau dah miskin sorang ii lpstu kau heret anak bini kau miskin sekali.  

“Saya tak cakap pasal miskin harta. tapi miskin akal, empati, jati diri, iman, ilmu, amanah, tanggungjawab, komunikasi, arah hidup, hati dan mentaliti,” katanya.

Hantaran individu itu mendapat perhatian Aedy yang mengakui pernah berada dalam situasi sama.

Kenyataan Aedy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kejujuran pelakon itu serta mengakui kelemahan diri.


 


Sumber: Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote innocentsangat 4-2-2026 10:45 AM
Betul. Betul. Betul.
Quote BoongaKertas 4-2-2026 11:10 AM
betul! now tgh trending kat thread psl jantan miskin ni dia cari pompuan berkerjaya, ada rumah and kereta as 2nd wife utk tggung plak 1st wife and anak2 dia. jantan spesis ni dia paling lahanat sekali dlm dunia bg iols.
Quote uda 4-2-2026 11:35 AM
Btw, apa cerita kes Aedy ni?
Quote annehuda 4-2-2026 11:52 AM
apsal dari statement Aedy tu aku rasa die macam ada perasaan resentful jugak dpt makayah mcm tu? BTW aku harap parents dia dah dpt kesenangan dari anak2 ni jgnla ye dok beza2kan anak.  ramai je parents mcm ni, dahle ko tak berjasa pada anak2 pastu pilih kasih plak tu. anak yg btul2 jaga ko masa ko sakit susah tu la yg ko pinggirkan, yg balik kampung pun setahun sekali tu la yg ko dok sayang2
Quote shahirakay 4-2-2026 11:56 AM
uda replied at 4-2-2026 11:35 AM
Btw, apa cerita kes Aedy ni?

dia tak habis sekolah untuk sara keluarga, bantu adik2 sekolah.. so biar lah dia merentan. i kesian kat dia ni
Quote Prickford 4-2-2026 11:57 AM
Itulah menyampah dgn laki miskin. Pastu heret anak bini sekali. Yg hari tu nampak kat sosmed pasal rider pegi buat job bawak sekali bini. Ada yg tu bini pon terpaksa buat job rider, bawak plak anak2 kecik. Tepuk dahi.
Quote kalchi 4-2-2026 12:49 PM
Ooo sebab tu ke dia taknak settle down?
Quote tukul 4-2-2026 12:59 PM
BoongaKertas replied at 4-2-2026 11:10 AM
betul! now tgh trending kat thread psl jantan miskin ni dia cari pompuan berkerjaya, ada rumah and k ...

Agaknya ada je perempuan bodoh asal berlaki nak....I counter one..cuma beza laki tu takde bini..cuma ex bini...
Quote chandrahusin 4-2-2026 01:49 PM
yg penting dgn awareness ni
korang stop the cycle
klu dulu mak apak tak de ilmu pun aku rasa
kita2 yg dh ada ilmu jgn ulang salah yg sama
lagi pun dulu diorg takde Netflix & lain2
kawin cerai tu dh mcm aktiviti tahunan
bill pun baya bil letrik & bil air ja
skrg tgk bil2 bulan2 pun ko dh takde semangat nak buat hal lain
Quote Perawankota 4-2-2026 01:52 PM
Dia rasa parents dia sedih x baca apa yg dia ckp ni
Quote BoongaKertas 4-2-2026 02:15 PM
tukul replied at 4-2-2026 04:59 AM
Agaknya ada je perempuan bodoh asal berlaki nak....I counter one..cuma beza laki tu takde bini..cu ...

betul chuols, iols rasa mmg wujud pompuan spesis bodo. #asalkanberlaki kekdahnya.
Quote tukul 4-2-2026 08:23 PM
Jaga2 Aedy...nanti terpaling cikgu dan angkatannya kutuk kaw2 u eh..... hahaha
Quote orangbiasaje 4-2-2026 09:46 PM
Perawankota: Dia rasa parents dia sedih x b ...
Sedih kalau dia tak bersyukur atau lupa diri langsung itu teruklah, tapi ini luahan dia. Kalau parents dia baca pun, harus ada rasa kesedaran diri. Takut diorg tak nampak pendaman seorg anak.

Ramai parents menua dengan bangga menganggap anak besar gadang dan berjaya jadi orang 'because of them', padahal anak2 tu membesar jadi begitu ' inspite of them'( bermakna bukan with full support, but have to survive through the difficulties of being the responsible, 'parentification' child juga)
Quote Purestteam1 4-2-2026 10:08 PM
sebab tu kena usaha... klu x pecahkan ruyung manakan dpt sagunya...jadi kaya atau tidak bukan kuasa kita... yg penting usaha
Quote sphinx 4-2-2026 10:11 PM
orangbiasaje replied at 4-2-2026 09:46 PM
Sedih kalau dia tak bersyukur atau lupa diri langsung itu teruklah, tapi ini luahan dia. Kalau pare ...

Betul..harap2 parents dia tak take for granted laa..tengok aedy tulis pun, dia kata cara dia revenge dengan jaga parents dia..sediakan apa yg tak mampu parents dia sediakan dulu..menunjukkan sisi matang dia...jangan tiba2 parents dia pulak over, nak lebih,mintak itu mintak ini sudahla..kesian aedy .
Quote HappyGumbira 4-2-2026 11:32 PM
tukul replied at 4-2-2026 12:59 PM
Agaknya ada je perempuan bodoh asal berlaki nak....I counter one..cuma beza laki tu takde bini..cu ...

Ramai yang amat perempuan bodo. Hari ni my junior, lelaki tanya i kenapa perempuan nak kawen dengan lelaki-lelaki gaji sikit ni. Gaji 1200, 1500. sesaknya hidup zaman sekarang,nape nak kawen sesangat.

Iols jawab la sebab perempuan tu bodo & birah. Dari sekolah sibuk bercinta, habis je SPM or worst, nikah masa umo14, 15. Mana dia tau yang gaji 1500 tu sengkek. Once dapat anak baru dia tahu susu, beras, pampers semua tu mahal. Selama bercinta duk umah ayah, ayah tanggung semua. Bf beli topup je. Dah nikah haaa baru la tau langit tinggi rendah
Quote orangbiasaje 5-2-2026 08:45 AM
HappyGumbira replied at 4-2-2026 11:32 PM
Ramai yang amat perempuan bodo. Hari ni my junior, lelaki tanya i kenapa perempuan nak kawen denga ...

Tak juga. Ada sedara sis, keje dentist, kahwin juga gaji rendah (kerja warehouse). Tapi apa nak buat, cinta. Dulu bercinta sesama medik / doktor, kena cheat la, asyik tangguh la. La ni kawin walau gaji rendah, aman2 jah. Tapi boleh nampak la laki dia jenis care dan gigih jaga dia gak, sbb laki dia siap kerja 2 kerja, jaga anak diorg, hantar dia pergi pulang ke tpt kerja.

Pokok pangkalnya, selagi ada rasa tanggungjawab, elok je.

Selalu lelaki yg complain perempuan nakkan yg berharta saja ni, sebenarnya bukan semua perempuan, tapi perempuan yg dia nak tu yg pandang harta. Yg tak pandang harta bukan taste diorg ????
Quote kmbg 5-2-2026 09:00 AM
Mak dia pelakon gak kan..pak aku tak kenaj

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.429087 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top