CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle Kongsi Keadaan Anak Sulung Alami Lumpuh Muka Secara Tiba-Tiba Disyaki GBS atau Bells Palsy

3-2-2026 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27472| Komen: 24

 


Pelakon Diana Danielle berkongsikan keadaan anaknya Muhammad dilaporkan mengalami masalah saraf pada wajah selepas diserang demam virus.

Menerusi hantaran di Insta Story, Diana berkata doktor mengesyaki keadaan itu berpunca sama ada daripada Guillain-Barre Syndrome (GBS) atau Bell’s Palsy.

 

Diana berkata anaknya sudah menjalani pemeriksaan termasuk dari beberapa pakar bagi mendapatkan diagnos yang tepat.

“Demam virus menyebabkan doktor mengesyaki sama ada Muhammad alami GBS atau Bells Palsy. Lumpuh muka berlaku secara tiba-tiba.

“Dia telah diperiksa oleh pakar dan masing-masing memberikan pandangan mereka. Dia kini mengambil steroid dan akan membuat temu janji untuk MRI,” katanya.


 


Sementara itu, Diana berkata Muhammad telah dibenarkan keluar dari hospital dan menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan.

“Muhammad dibenarkan keluar hospital dan sudah menunjukkan pemulihan dan doakan keadaan dia bertambah baik,”kongsinya.

Sumber : Rotikaya 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 3-2-2026 10:22 AM
Lawa DD.

Sian to boy.
GWS boy!
Quote supernaturalee 3-2-2026 10:50 AM
gen mat salleh nmpk kuat kt ank die


anyway,

gws kiddo


Quote ragazza 3-2-2026 10:55 AM
Harap bukan lyme disease.. kalau betul lyme disease, steroid cuma selesaikan masalah short term , better guna lemon balm... lebih natural kurang side effect
Quote dudaberhias 3-2-2026 11:10 AM
Anak dia suka duduk sebelah kipas dan hala dekat muka ke?
Quote Shayang 3-2-2026 11:16 AM
2 minggu lepas baru lg demam teruk che mat ni sampai kena g hosp sg buloh memalam sbb dia takleh nk kencing.
Tangki penuh tp dia takleh nk kuarkannya.
Mcm2 dugaan che mat di awal tahun ni.
Quote sayawifenikmie 3-2-2026 11:25 AM
DD lawa sangat .. lembut tutur kata .. tak terkinj akinja (ada la zaman dia ala ala rebel dulu sikit)
tak ada ke lelaki bujang yg kaya dan baik jenis "real old money" nak pinang dia
pada saya, DD ni ada kelasss vibe mak datin yg kaya raya

Mat ni cute banyak muka DD
Quote borrow 3-2-2026 12:21 PM
Chemad byk ikut DD kan. Harap tak serius la , gws.
Quote mizzmimi 3-2-2026 12:27 PM
gws che mad.. helok heols ni
Quote nisako 3-2-2026 01:43 PM
sian semoga cepat sembuh
Quote royaldanish 3-2-2026 01:45 PM
elok ye anak DD
fuller lips
kalau duduk sebelah anak ² Que memang lawa ye
Quote sharlenetexas 3-2-2026 01:52 PM
Semoga cepat sembuh.


Quote doubleA 3-2-2026 01:52 PM
Siannya chemad, gws
Quote razzia 3-2-2026 01:53 PM
gws muhamas hensem boy
Quote afie_m 3-2-2026 03:15 PM
gws hensem boy
Quote MissDiane 3-2-2026 07:21 PM
Anak boy will more get the tendency ikut gene mummy dia. Lagipun DD ni memang lawa. Mixed blood features yang cantik. Syafakillah. Harap anak DD akan sembuh seperti sediakala. Aamiin.
Quote pocongkiutss 3-2-2026 07:22 PM
dudaberhias replied at 3-2-2026 11:10 AM
Anak dia suka duduk sebelah kipas dan hala dekat muka ke?

Seriously ada kena mengena ke chuols?
Quote AWEKSAMURAI 3-2-2026 07:56 PM
pocongkiutss replied at 3-2-2026 07:22 PM
Seriously ada kena mengena ke chuols?

Salah satu sbb .. mcm aircond kereta tala kt muka je .aku bell palsy dari 2022 sampai skrg .. kdg ok kdg x ok .. dia mcm jgn mkn benda angin .. mcm minum air ke teh ais ke .. nnti ketara dia senget benget aku dh give up hahaha nk pantang makan x boleh ... Aku lantak kan je lah ..
Quote pocongkiutss 3-2-2026 08:42 PM
AWEKSAMURAI replied at 3-2-2026 07:56 PM
Salah satu sbb .. mcm aircond kereta tala kt muka je .aku bell palsy dari 2022 sampai skrg .. kdg  ...

Kalau hala kt muka kita tp jarak 1-2 meter ok ke? Serious meols ingtkan mitos jah bola baca komen2 kt fb td
Quote Nenolen 3-2-2026 08:48 PM
Syafakallah buat adik Muhammad

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.134466 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top