|
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof berkongsi khabar gembira mengenai kelahiran anak keduanya hasil perkongsian hidup bersama isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville. Dalam perkongsian di Instagram (IG), Eizlan atau pemilik nama Idris Md Yusof memaklumkan cahaya mata perempuan kedua bersama Natasha itu diberi nama Zareen Rosa. "Assalamualaikum Zareen Rosa. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT atas segala limpah kurnia-NYA. Terima kasih yayang (isteri)," tulisnya disamping beberapa gambar bersama isteri, doktor dan bayi, namun, wajah bayinya ditutup dengan emoji berbentuk hati. Untuk rekod, Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Natasha Rosa pada 12 Disember 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zaelynn Rosa yang kini berusia lima tahun. Terdahulu, Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Shantie Haroon Khan pada 7 Julai 2007 sebelum bercerai pada 28 September 2014. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Sumber : Harian Metro
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.116910 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.