CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mereka Mengata Arwah Bapa & Fatima” – Fazura Dedah Dua Tahun Jadi Mangsa Buli Netizen

2-2-2026 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31991| Komen: 21

 



Pelakon Nur Fazura berkata dia menerima kecaman teruk sehingga ada yang mengata arwah bapanya serta anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Menerusi sesi siarang langsung di TikTok, Fazura berkata dia terpaksa bersuara apabila ada yang melemparkan kata-kata negatif meskipun sebelum ini memilih untuk berdiam diri.

“Kadang-kadang kita diam tetapi mereka (netizen) lagi suka. Tapi bila kita usik balik, mereka marah padahal kita bergurau sahaja.

“Mereka buat saya lagi teruk, mengata arwah bapa saya, mengata Fatima barua. Saya gurau sikit, mereka koyak kata saya tak classy. Sedangkan saya tak pernah pun kata diri saya classy,” katanya.

Sementara itu, Fazura berkata dia bersuara untuk mempertahankan dirinya dan bukan mencarut mahupun mencaci sesiapa serta mempersoalkan adakah dia perlu berdiam diri agar terus difitnah.

“Tetapi saya tidak mencaci atau mencarut mereka, tidaklah sampai ke tahap itu.

Namun mereka marah saya lagi teruk, kita gurau sahaja. Jadi bila awak semua kutuk saya, saya hanya perlu diam je ke? Awak semua nak suruh saya diam supaya boleh terus ‘enjoy’ dengan gosip, fitnah dan mengata saya yang bukan-bukan.

“Sebab itu tak nak saya bersuara, betul tak? Bila saya bersuara, mereka kata saya marah sedangkan sikit saja,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura mendedahkan sudah dua tahun dia menjadi mangsa buli siber namun dia berdiam diri serta menyerahkan segalanya kepada Allah.

“ah lama saya tak layan dah dua tahun. Dalam tempoh dua tahun ini, saya kena macam-macam saya dibuli dan difitnah.

“Saya diam sahaja dan serahkan pada Allah. Kita semua manusia, Allah jadikan saya dan anda semua jadi buat apa saya nak fikir apa yang orang kata,” katanya.

Sumber : Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 2-2-2026 03:00 PM
tah kenape kan ketika itu keledek2 sangat marah dgn pajura. macam pajura curi bapak atau laki dorang.

mungkin kerana pajura mintak ceray dgn attah mereka, si patamin

waktu lobenak kutuk hina pajura , boleh lah juga faham, kerana mahukan patamin dgn neelopah. marah dgn patamin kerana tak layan neelopah. tuptup couple dgn pajura.

walauuuu punya meletop. Terus maki carut direct2. Di hina, bekas orang. macam2. Teringat acik sherot.

Bila pajura ceray dgn patamin, keledek pulak. Pajura dah lali.

Tapi bagus nya lobenak, mereka tak sentuh bapak pajura.
keledek tak puas hati kutuk pajura. kutuk bapak dan anak pajura. itu yang dia pegi cari siapa manusia itu.

kutuk artis kan biasa. menyampah kita kutuk. tapi bila dendam kesumat, maki hamun carut memang lah nampak tersakiti di akar hati nya.

Sekarang Attah keledek dah happy dgn isteri sorga nya. Keledek pun dah happy.

Walau masih ada juga segelintir yang ghisau tang utang WSP dan apek obor belum di bayar

Quote sharlenetexas 2-2-2026 03:31 PM
Jangan lupa mucang ketua buli siber.


Quote Minami2013 2-2-2026 03:48 PM
sharlenetexas replied at 2-2-2026 07:31 AM
Jangan lupa mucang ketua buli siber.

Padahal siap makan bersama-sama pembuli faao. Tiba2 keluar kisah dia di buli
Quote Tinot7 2-2-2026 04:00 PM
Now iols nak tau jahh.. apa maksud acik ganga dlm benang sebelah
Quote L.U.S.M 2-2-2026 06:40 PM
Sian eh..penat panjat pintu MCMC la IPD la tp sampai skrg xgame over...
Quote boudinniA 2-2-2026 06:44 PM
Minami2013 replied at 2-2-2026 03:48 PM
Padahal siap makan bersama-sama pembuli faao. Tiba2 keluar kisah dia di buli

Siapa pembuli tu?
Macam mana uols boleh tahu?
Quote boudinniA 2-2-2026 07:00 PM
Tapi memang betul ramai artis kena buli. Terutamanya netizen yang terlalu masuk campur hal peribadi artis2.

Yang ada netizen panggil fatima barua tu masa fattmira nikah kan. Ramai komen fatima menyibuk kat majlis tu, nak duduk sebelah daddy je. Kalau fatima takde pula, mesti netizen kecam mommy tak bagi fatima datang.
Quote MatDeghem 2-2-2026 07:03 PM
Wartawan Tanya Pajura jawab.
Game yg belum over ..keledek.
Tapi Xfile dah tak keluar lah. Sekarang Masih dgn utang 4 jotaaaa apek obor.
Sayang betul dgn apek obor.

Keledek dah beli baju Raya Fattmira??. Beli jangan tak beli....jakel tak sesuai untok korang. Fattmira nya yg paling sesuai.
Quote QueenPlatypus 2-2-2026 10:25 PM
Baju macam kain langsir tu yang keledek suke dengan duta laki bini yang nampak sado macam kertu nau dah rupa padahal baru 30an..
Quote QueenPlatypus 2-2-2026 10:27 PM
MatDeghem replied at 2-2-2026 07:03 PM
Wartawan Tanya Pajura jawab.
Game yg belum over ..keledek.
Tapi Xfile dah tak keluar lah. Sekarang  ...

Baju yang macam kain langsir tu ke? Hahaha!
Belum kira duta laki bini yang nampak kemain sado macam makcik pakcik zaman 70an..huhuhu!
Quote anarina 3-2-2026 01:25 AM
Delulu lah dia ni. Dulu minat gila. Dr zaman blm repair. Skrg fake amat. N delulu. I wonder diorg ni muka tebals amat eh.
Quote Paiya 3-2-2026 07:37 AM
cantiknya Faz
Quote sweetfasha 3-2-2026 07:50 AM
cantiknya fazura.. yg rasa dia dedulu tu rasanya yang belum game over..

yg haters sangat sampai cakap faz pi indon cari mak dukun, tak percaya faz design 51 rekaan, faz suka usik usik tudung org.. tu ok lagi

tapi keledek yg kata Fatima barua tu, memang musibat betul perangai.. terpaksalah mommy bersuara sebab daddy tak function untuk protect anak.. sayang betul keledek

selagi fazura hidup memang tak over over lag gamenya.. silap silap keledek yg over dulu sebab hati tu toksid.. kih kih kih
Quote TomyamPuteh 3-2-2026 08:17 AM
DjSonic lidah pendek ketua kelempok pun usah dilupa jugak.
Quote prince_marhaen 3-2-2026 08:46 AM
Yang menjadi2 sebab kakaFaz dah tinggalkan circle2 bapok kelempok dia yang mulut jahanam, salah sorang dia tu PA kepam bau bacin si attah tu, aca ke aci nama dia tu...paling ketua bapok... tak sedar diri padahal dulu kakafaz yang ajar dia fesyen2...skrg feeling nak stylist bini baru attah...tu yang selalu nampak kepam dan tua.
Quote sweetfasha 3-2-2026 09:04 AM
TomyamPuteh replied at 3-2-2026 08:17 AM
DjSonic lidah pendek ketua kelempok pun usah dilupa jugak.

ketua kelempok tu apa? DJsonic yg baik tu pun terkait sama.. ya ampunnnn
Quote KBW2 3-2-2026 10:24 AM
sweetfasha replied at 3-2-2026 09:04 AM
ketua kelempok tu apa? DJsonic yg baik tu pun terkait sama.. ya ampunnnn

Kelempok paling gerga cukup pakej perangai paling musibat tak pernah plak derang sebut ya si Aca Tembun tuuuuh. Kemain ummah ulu banat dok sebok hal kelempoklah ponenlah, sampai tak nampak that elephant in the room. Hippo* to the max.
Quote burberry99 3-2-2026 10:34 AM
ketua kelempok si capybara kata baru dapat 1 job pun dah gempak..hello 1 job pun sold out beribu ribu ribu pieces okeh...tak pernah dalam sejarah jakel!. bukan mcm retis hang, main sauk mcm2 job sendu janji capybara dapat komisen boleh shopping hermes..hahahahha
Quote evlinne 3-2-2026 01:22 PM
burberry99 replied at 3-2-2026 10:34 AM
ketua kelempok si capybara kata baru dapat 1 job pun dah gempak..hello 1 job pun sold out beribu rib ...

Ooo korang mengata capybara tu rupanya aca pa si patah ke hahahaha baru faham

Tapi mmg cantik2 yach baju jakelxfazura
Jakel pun tak expect semua koleksi faz tu sold out
So faz masih ada X factor lagilah..
ai doakan rezeki faz n nyamma murah selalu.. amin2

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.109273 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top