|
Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq menafikan dakwaan kononnya dia mengedarkan kad undangan perkahwinannya dengan Bella Astilah seperti yang tular.
Memetik HibGlam, Syed Saddiq menjelaskan sampul surat berkenaan bukanlah kad kahwin seperti diperkatakan ramai sebaliknya berkenaan urusan tugasnya sebagai wakil rakyat. “Saya nak bercakap jujur, bila kad itu disampaikan di parlimen, itu sebenarnya adalah permohonan saya mewakili orang Muar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. “Itu adalah tugas saya untuk sampaikan kepada kepimpinan negara. Ini adalah tanggungjawab hakiki saya,” katanya. Sementara itu, Saddiq memaklumkan jika benar ianya kad undangan perkahwinan sudah pasti dia akan umumkan serta menyifatkan tahun ini sangat istimewa. “Kalau betul ada kad undangan perkahwinan, anda semua akan tahu. Jangan risau. Waktu saya akan tiba. Saya rasa perkara ini pun bukan perkara baru bagi saya dan wanita istimewa, Bella. “Saya selalu minta untuk doakan saya. Kerana dia itu sangat penting. Insya-Allah tahun ini tahun yang sangat bermakna dan istimewa,” katanya. Sumber: HibGlam, Rotikaya
|



emma.giggs replied at 30-1-2026 07:52 PM
Ayat dia pun kata ..jgn risau, waktu saya akan tiba…mcm lbh ckp diri sendiri, tiada kaitan dgn bela ...
likilu replied at 30-1-2026 07:46 PM
Job raya la apa lagi
Nanti bwk balik baju raya free untuk rakyat muo



Whodunit replied at 30-1-2026 09:32 PM
BEFORE (Original)
“Kalau betul ada kad undangan perkahwinan, anda semua akan tahu. Jangan risau. ...

likilu replied at 30-1-2026 06:46 PM
Job raya la apa lagi
Nanti bwk balik baju raya free untuk rakyat muo
ADVERTISEMENT