|
Penampilan pelakon terkenal, Bront Palarae di pentas pertunjukan fesyen jenama Ariani menjadi perhatian ramai. Namun ada yang kurang senang melihat Bront memperagakan koleksi Baju Melayu sambil mengunyah gula-gula getah. Lebih menjadi perhatian apabila acara tersebut turut dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman. Bagaimanapun, Ariani menerusi akaun rasmi Threads tampil memberi penjelasan Bront dalam keadaan gemuruh untuk acara peragaan di hadapan orang ramai. Malah, Bront turut memohon maaf kepada pihak Ariani kerana gemuruh sehingga terlupa untuk membuang gula-gula getah sebelum masuk ke pentas. Sumber : Rotikaya |

vender replied at 30-1-2026 12:21 PM
Sib baik dia yg paling hensem kat atas pentas tu so dimaafkan. Cuma kot iye pun janganla kunyah chew ...


makadek replied at 30-1-2026 01:03 PM
yg penting kt tt skrg jakel ariani dn lelain brand mendonia fyp kapel sangkak panjat gunung hilang d ...


CrowneGlory replied at 30-1-2026 01:55 PM
siapalah binik bront ni
ADVERTISEMENT