|
Seorang pelakon lelaki popular ditahan polis selepas ujian sariangan awal air kencingnya didapati positif dadah.
Memetik Harian Metro, sumber memberitahu pelakon berusia 40 an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam dan direman tiga hari sehingga esok. “Difahamkan, dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif. “Kertas siasatan difahamkan sudah dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya. Sumber turut memberitahu pelakon itu akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat. Sebelum ini pelakon berkenaan pernah dijatuhi hukuman atas kesalahan menggunakan dadah jenis THC oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Sumber turut memberitahu pelakon itu akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat. Sebelum ini pelakon berkenaan pernah dijatuhi hukuman atas kesalahan menggunakan dadah jenis THC oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Sumber : Harian Metro, Rotikaya
|
Tinot7 replied at 29-1-2026 05:58 PM
Kat fesbuk deme teka fk
Nurkaseh01 replied at 29-1-2026 06:15 PM
Lahh dia lagi tak insap2 ke (kalau btul la)
zeetot replied at 30-1-2026 09:08 AM
bukan FK sbb toklaki kata masa berita tu keluar, FK tgh buat live kat tt ke ig entah
makciktijah replied at 30-1-2026 12:09 PM
dlm report mstar kata khamis dah dibebaskan dgn jaminan polis.
metro tulis clear hint : Sebelum in ...
ADVERTISEMENT