CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Mental saya ‘koyak’, sampai rasa tak nak makan dah’ - Kamal Adli

29-1-2026 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16226| Komen: 14

 



MELALUI fasa perceraian bukanlah situasi yang mudah buat mana-mana individu termasuk aktor Kamal Adli.

Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli mengakui perceraian adalah perkara yang sangat asing buat dirinya.

Dia bahkan tidak pernah menjangka emosinya terpukul teruk disebabkan perceraian dengan bekas isteri, Uqasha Senrose pada 12 Januari lalu.

“Sekarang saya sedang menjalani penggambaran filem Takluk 2: Lahad Datu bersama Remy Ishak, Syafiq Kyle dan beberapa pelakon lagi.

“Saya gembira dapat bekerja dengan mereka dan masih dalam fasa penyembuhan.

“Situasi yang saya tempuh ketika ini bukan perkara yang biasa dan tak pernah lagi melaluinya, jadi sepanjang di set penggambaran memang kerja serta buat-buat okey saja,” katanya kepada HibGlam pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 baru-baru ini.

 



Syukur

Meski hati dihurung kesepian, dia bagaimanapun bersyukur dikelilingi rakan pelakon yang sentiasa berusaha membantunya melupakan seketika masalah hidup.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan filem Takluk 2: :ajad Datu sebab selalu cuba menggembirakan hati saya dan mereka tahu emosi saya ‘down’ tetapi tak buka cerita pun tentang ini dan bekerja macam biasa.

“Saya sebenarnya nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab beri kata-kata yang baik kepada saya serta Uqasha juga, terutama dalam media sosial,” katanya lagi.

Ucapan terima kasih juga kepada orang ramai termasuk rakan artis kerana tidak pernah berhenti mendoakan perkara yang baik-baik buat dirinya dan Uqasha.

“Ramai doakan saya terus kuat dan baca setiap satu komen sekali gus buat semangat semakin kuat.

Meskipun senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya, bintang drama Dia Imamku itu tetap tidak mampu lari daripada rasa sepi terutama apabila berdepan kemelut rumah tangga sejak tahun lalu.

Katanya, dia kini lebih banyak menghabiskan masa bersendirian melayan emosinya terutama selepas tamat penggambaran atau tiada komitmen dengan mana-mana pihak.

“Tapi sebenarnya saya tak boleh tipu diri sendiri. Sebenarnya, saya ‘koyak’ tapi tetap perlu teruskan penggambaran dan kerja lain sebab itu sumber rezeki.

“Jadual kerja saya memang padat sekarang dan susah nak dapat masa sendiri.

“Tapi bila ada masa terluang sekejap, waktu itu saya layan-layan perasaan, jiwa kacau seorang diri.

“Selalunya habis sahaja penggambaran, memang saya balik bilik dan duduk dalam bilik seorang diri, berfikir, solat dan lakukan apa sahaja yang membantu pulihkan emosi.

“Saya ini jenis yang kena ada banyak kerja sebenarnya dan alhamdulillah rezeki kerja itu ada,” tuturnya.

 


Hilang selera

Tiada niat mencanang kisah sedih, tambah Kamal, fasa perceraian yang dilaluinya ketika ini turut memberi kesan terhadap selera makannya.

“Saya bukan nak buat cerita sedih cuma memang tak boleh tipu perasaan itu.

“Mental saya memang ‘koyak’ betul. Sampai tahap tak nak makan dan tidak rasa nak makan dah.

“Kalau tanya berat badan yang orang cakap makin kurus, sebenarnya tak sempat timbang tapi saya memang sedang diet dan ditambah pula dengan situasi sekarang, jadi bantu sekali (turun berat badan),” kongsinya.

Sempat ditanya mengenai persediaan menempuh bulan Ramadan dengan status berbeza, perkataan yang berulang kali terbutir di bibir hanyalah ‘koyak’, sekali gus menggambarkan kesedihan di relung jiwanya

“Cakap tentang puasa, memang tak boleh nak cakap apa-apa sekarang ini.

    “Jujur memang rasa sangat ‘koyak’. Ramadan dan Aidilfitri tahun ini memang koyaklah.

“Tak tahulah kalau pihak sebelah sana okey ke tidak. Tapi memang akan sedih sebab Hawra dan dia tiada,” katanya mengakhiri perbualan.

Sementara itu, Kamal juga merupakan duta Jakel Raya 2026 di samping Nabil Ahmad, Achey, Senario, Cik Epal & Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli dan Que Haidar.

Selain itu, Jakel turut memperkenalkan barisan duta Gen Z Jakel Raya 2026 iaitu Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna.

Nur Fazura pula diumumkan sebagai rakan kolaborasi eksklusif bersama Jakel dengan menabur idea menerusi 51 rekaan busana raya pada tahun ini. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 29-1-2026 02:18 PM
kurus semacam kamal kesian mesti banyak mikior
Quote BoongaKertas 29-1-2026 02:23 PM
iols rasa dia jer duda so far yg sedih lepas cerai. duda lain mcm happy jer nmpk? iols rasa dia mmg sedih and sygkan ex wife dia.
Quote DeLuna85 29-1-2026 02:52 PM
Masa nak kawin uqasha dulu tak fikir masak2 la tu. Tak kan tak tau perangai bimbo dia.
Quote zuriey 29-1-2026 04:51 PM
Apa nak sedih acik2 berlendir semua sokong ko kan
Quote slyfynx 29-1-2026 09:56 PM
BoongaKertas replied at 29-1-2026 02:23 PM
iols rasa dia jer duda so far yg sedih lepas cerai. duda lain mcm happy jer nmpk? iols rasa dia mmg  ...

Duda chef celebrity bertitle doc tu pun sedih jg.
Bukan die berasa sedih la, tp penampilan beliau dengan contact lens dan senyum senget itu sangat SEDEYYYYYY
Quote Yoonggi 30-1-2026 04:22 PM
Hensem plak gmbr dia kt atas ni
Quote IzzahF 30-1-2026 05:00 PM
alah kejap je nnt berganti lah tu
Quote MsKathryn 30-1-2026 05:32 PM
Nmpk la dh kurus..
Quote SANKURIANG 30-1-2026 08:16 PM
Selalu nya yg lebih2 sedih ni, akan cepat dapat penganti. Tengok aja Bam Tah, dok termenung tepi tangga surau…tup2… berjumpa lak jodoh baru…terus tak dan setahun serai dah pun nikah baru….
Quote angin_menderu 30-1-2026 08:24 PM
Jantan ni takde cite lain ke selain perasaan dia. semua sepesen je citenya lepas cerai, saya sedih, saya koyak, saya tak lalu makan, saya takde azam tahun baru.
Nanti raya keluar skrip saya takde mood nak sambut raya. muntah netizen hadam segala yang terbuku di hatinya
Quote Hoola 30-1-2026 09:33 PM
xpe la bam mal
achik hoola ado
yg penting prnagai dah dah la tu jgn nmpk poyo sgt
tenang2 sudah

so bj raya thn ni warna apa?
jom kita pakai sedomdom jom
Quote Bedak_Carrie 30-1-2026 09:54 PM
Betullah tak mkn tu... makin kecut dah.
Mcm mana ni....
Quote Bedak_Carrie 30-1-2026 09:56 PM
SANKURIANG replied at 30-1-2026 08:16 PM
Selalu nya yg lebih2 sedih ni, akan cepat dapat penganti. Tengok aja Bam Tah, dok termenung tepi tan ...

Sbb terlebih sedih lah kena move on..
So mana yg sesuai dan elok terus on..
Nanti kalau tak move on lagi kurus kering kecut...
Oklah tu ada peneman jadi pengganti cari bahagi...
Quote talia 30-1-2026 10:44 PM
slyfynx replied at 29-1-2026 09:56 PM
Duda chef celebrity bertitle doc tu pun sedih jg.
Bukan die berasa sedih la, tp penampilan beliau  ...

Berdekah iols


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.237992 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top