CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Selesa Saja Orang Panggil Saya Macam Shila Amzah” - Syada Amzah

29-1-2026 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14542| Komen: 17

 



Penyanyi Syada Amzah mengakui dia selesa apabila disamakan dengan kakanya, penyanyi terkenal Shila Amzah.

Menerusi satu podcast, Syada berkata ramai yang mengatakan mereka mempunyai persamaan dan itu bukan isu besar kerana mereka membesar bersama.


“Saya selesa sahaja orang panggil saya macam Shila Amzah. Kalau kawan-kawan jumpa saya atau kakak, mereka akan kata sebenarnya kami orang yang sama. Kami kelakar dan lebih kepada ‘dark humor’

“Saya tak pernah ada masalah kalau orang nak cakap saya sama dengan kakak. Saya tak rasa ia sekadar perlian dan memang tak kisah sebab kami membesar sama-sama. 

“Nak atau tak, kami memang akan nampak macam kembar,” katanya.

Sementara itu, Syada berkata pada awalnya tanggapan tersebut memberi kesan kepadanya namun dia melihat dari sudut yang lebih positif.

“Kalau tahun-tahun lalu, tanggapan itu beri kesan juga. Saya tertanya-tanya kenapa orang kata begitu. Tapi lama-lama saya fikir, kami memang membesar sama-sama.

“Kalau orang pernah tengok majalah atau baca betul-betul, salah seorang idola saya memang Shila Amzah sebab nak tak nak, dia kakak saya,” katanya.

Sumber:  Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 29-1-2026 12:18 PM
Tiberrrrrrrrrr....kau ngan kakak kau langit & bumi, naik langit patah balik bumi 7 kali pun tak sama langsung ye.
Muka jauhhhh sekali..
Kerjaya? Laaagiii lah
Bakat? Keringgggg nok keringgg
Rajin? Kau bergelumang taik kucing pun sanggup sebab malas cari kerja menyewa luar...

So, apa yang sama nok?
Nak puji2 kakak jadi idola sebab duit poket dah habis ke?
Quote kayujaras 29-1-2026 12:46 PM
masalahnya.. kakak dia selesa ke tak?
Quote kayujaras 29-1-2026 12:47 PM
masalahnya.. kakak dia selesa ke tak?
Quote sharlenetexas 29-1-2026 12:57 PM
Mak she jual makanan pulakkah?


Quote angin_menderu 29-1-2026 01:05 PM
boringggg next boleh
Quote ragazza 29-1-2026 02:16 PM
sharlenetexas replied at 29-1-2026 12:57 PM
Mak she jual makanan pulakkah?

Mak dah dpt suami berkerjaya (atau mungkin dah pencen) kena meniaga sbb nak sara anak bungsu ke
Quote bottompro 29-1-2026 04:57 PM
ni ke bewak female
Quote L.U.S.M 29-1-2026 07:31 PM
prince_marhaen: Tiberrrrrrrrrr....kau ngan kak ...


Hahahahaha tq tlg sembur
Quote anarina 29-1-2026 10:49 PM
Mohtipppp nak merapattttti lalu membewak ker
Quote allshares 29-1-2026 11:01 PM
Ni ke salah sorg muka bewak yg kakaknye kena bela, selalu dimenangkan emak?
Quote Ahgerbitch 29-1-2026 11:17 PM
Ermmm dik…tak sama langsung….jgn berangan pls
Quote edoraixora 29-1-2026 11:40 PM
Muka tak malu betul
Aritu kemain lagi ko carik gaduh ngan kakak kau
Ni nak menjilat pulak
Quote TeropongThaico 30-1-2026 12:05 AM
Udah kakak tu glamour... Suka la disamakan. Kalau tak maunya merempan melolong minta simpang jauh2
Quote asfaz 30-1-2026 12:48 AM
allshares replied at 29-1-2026 11:01 PM
Ni ke salah sorg muka bewak yg kakaknye kena bela, selalu dimenangkan emak?

Ye dia la tu ,bewak betina,lagi sorang abangnya,bewok jantan.
Tak malu menunggang nama kakak. aritu kemain lagi.
Pooorrraaaaahhhhchaiiittttt.
Quote asfaz 30-1-2026 12:49 AM
edoraixora replied at 29-1-2026 11:40 PM
Muka tak malu betul
Aritu kemain lagi ko carik gaduh ngan kakak kau
Ni nak menjilat pulak

Dia igt netizen lupa
Quote EncikRhoma 1-2-2026 12:00 AM
Lambeeertt lagi kau macam shila amzah. Dulu bukan kau dengan abang sulung kau sumpah seranah dia ke? Shila tak balas pun sumpah seranah kau dengan abang sulung kau
Quote wirazam 1-2-2026 05:07 PM
Dah ada yg tukang sembur budak ni..harap sedarlah nak start pi cari keje 9 to 5..
   Btw..dark humor tu apa ye..lawak lu*** ke

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.037309 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top