Oleh Adib Za Seorang wanita yang memandu kereta mewah Hyundai didakwa telah memecut kereta sejurus selepas mengisi minyak keretanya. Tanpa membayar terlebih dahulu, menyebabkan petugas Petronas Tupai, Taiping dikatakan terpaksa menanggung kerugian akibat perbuatan tak bertanggungjawab wanita itu. Pihak stesen minyak itu malangnya tidak dapat merakam nombor plat kenderaan wanita itu kerana keadaan CCTV yang agak usang. Petugas itu bagaimanapun mengambil inisiatif berkongsi kisah itu di laman sosial, dengan tujuan memberi pengajaran kepada semua, lebih-lebih cashier yang disifatkan bukanlah berpendapatan tinggi. Tidak pasal-pasal terpaksa tanggung kerugian akibat pengguna yang mencuri cara begini. "Takda berperikemanusiaan langsung..dah la gaji kami tak banyak nak tanggung pula short. Kalau setakat RM10 takpa..ini mencecah RM100!" ujar petugas stesen minyak ini. Perkara begini seharusnya boleh dielakkan namun apa yang telah berlaku diharapkan menjadi iktibar buat semua pihak agar lebih berhati-hati. Kepada 'pencuri' jangan buat tak tahu sahaja, bayarlah semula RM100! - CARI Infonet
|
4
Bagus |
3
Marah |
9
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manjalara_01 replied at 4-2-2016 02:50 PM
tapi satu la yg terbaik...
lebih baik x payah pasang CCTV kalau usang tahap gini...
useless....
gekkou replied at 4-2-2016 03:55 PM
baru aku tahu boleh tak bayar dulu and isi minyak
ADVERTISEMENT