CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi larang ruang udara diguna untuk serang Iran

28-1-2026 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17321| Komen: 8

 



RIYADH – Arab Saudi mengharamkan penggunaan ruang udara atau wilayahnya untuk sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran, lapor portal berita Arab News. 

Kenyataan itu dibuat oleh Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman kepada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dalam panggilan telefon semalam. 

Beliau memberitahu Pezeshkian bahawa Arab Saudi menghormati kedaulatan Iran dan menyokong sebarang usaha yang akan menyelesaikan konflik melalui dialog dengan cara yang meningkatkan keselamatan serta kestabilan di rantau itu. 

Pezeshkian mengucapkan terima kasih kepada Riyadh atas pendirian teguh itu dalam menghormati kedaulatan dan integriti wilayah Iran. 

Terdahulu, Pezeshkian berkata, Tehran sentiasa mengalu-alukan sebarang proses yang selaras dengan undang-undang antarabangsa bagi mencegah peperangan, lapor media Iran. 

Beliau turut memberitahu Putera Mohammed bahawa perpaduan dan permuafakatan negara-negara Islam boleh menjamin keselamatan, kestabilan serta keamanan yang berkekalan di rantau itu. – AGENSI


Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 28-1-2026 07:59 PM
Tazangka
Quote kemaruk 28-1-2026 08:44 PM
Wow

Syiah dan sunni bersaudara
Quote kemaruk 28-1-2026 08:44 PM
Tinot7 replied at 28-1-2026 07:59 PM
Tazangka

Unsangkarable
Quote sharlenetexas 28-1-2026 09:23 PM
Zionis kata: Ada aku kesah?


Quote ZORRO5555 28-1-2026 09:56 PM
Wayang jer dia ni
Quote Tinot7 28-1-2026 10:27 PM
kemaruk replied at 28-1-2026 08:44 PM
Unsangkarable

Sama la tu
Quote gigahertz 29-1-2026 12:20 PM
berapa ramai tahu Iran pernah tembak missiles
ke arah Mekkah ? tapi Saudi berjaya tepis.

Kalau ramalan i tepat akan berlaku letupan di Mekkah.
yang di tuduhnya Iran . yang membuatnya Mossad
Quote akukah 29-1-2026 01:34 PM
Kalau US guna juga ruang udara Saudi, UAE dgn qatar. Apa je yg pak2 arab ni boleh buat. Kelengkapan perang diorg 80% US yg supply

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.100102 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top