Oleh Izzah Abbasy
Berhentikan kereta di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menghalang dan mengganggu lalu-lintas pastinya akan membangkitkan kemarahan orang ramai. Kejadian yang berlaku di Kuantan, Pahang ini bukannya tidak pernah berlaku di tempat lain. Tetapi kali ini ada bezanya. Lelaki berusia 29 tahun telah menghantar anak saudaranya yang berusia tujuh tahun ke bangunan sekolah kerana hujan lebat. Dia meninggalkan kenderaan itu di depan pagar sekolah dan di dalamnya ada seorang lagi anak saudara berusia empat tahun. Kredit : HMetro Anggota polis kemudian mendapati kenderaan itu dialihkan oleh orang awam ke kawasan berhampiran. Rupanya kereta milik lelaki tersebut tidak dilarikan tetapi telah dialihkan individu tidak dikenali kerana telah menghalang lalu-lintas di hadapan sekolah di Jalan Gambut, Kuantan. Keprihatinan individu itu seharusnya dipuji kerana cuba menghalang daripada kesesakan lalu-lintas dan lelaki ini pula sepatutnya didenda kerana meninggalkan anak saudara berusia empat tahun dalam kereta bersendirian tanpa pengawasan. Jika anak tersebut diculik atau dilarikan atau lemas di dalam kereta pasti merumitkan keadaan sahaja. Sama-samalah kita fikirkan agar tidak menyusahkan orang lain. - CARI Infonet
|
4
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
2
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bebeng replied at 4-2-2016 01:11 PM
Ramai je mak bapak halang jln raya masa nk ambk anak2 kat skolah,,otak bengap sangat.xpkir org lain. ...
whadda: ade ke tinggalkan budak 4 tahun dalam keta sorang2...
kikuri: nak cemana uols sekolah ni kat tengah tengah bandar... memang jem la time balik sekolah pegi sekolah... ujung - ujung jumpa kete kat dalam wisma belia ...
ADVERTISEMENT