|
Selepas sekian lama menyepi daripada dunia seni, penyanyi veteran, Suliza Salam akhirnya 'tewas' dengan pujukan anaknya yang juga penyanyi dan komposer, Ismail Izzani untuk kembali ke studio rakaman.
Ismail, 26, mendedahkan dia mengambil masa berbulan-bulan bagi meyakinkan ibunya yang juga penyanyi lagu Untuk Sekali Lagi bagi membuat kemunculan istimewa dalam album terbaharunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. "Sejujurnya, berbulan-bulan juga saya ambil masa untuk memujuk. Saya perlu pujuk perlahan-lahan, bawa dia bermain pickleball dan gembirakan hatinya, barulah dia bersetuju," katanya kepada Harian Metro. Menurut penyanyi lagu Luar Biasa itu, pada mulanya ibunya berasa bimbang untuk kembali menyanyi secara serius kerana faktor sudah lama meninggalkan bidang seni. "Ibu bimbang dan takut tidak dapat memberikan hasil yang terbaik. Namun, saya yakinkan dia bahawa apa sahaja yang datang daripadanya adalah yang terbaik buat saya," katanya. Kemunculan Suliza dalam album itu dianggap Ismail sebagai pencapaian peribadi amat bermakna memandangkan ibunya adalah tulang belakang yang sentiasa menemani perjalanannya dalam dunia seni sejak awal lagi. Bercerita lanjut mengenai karya istimewa itu, Ismail berkata, lagu itu hasil ciptaannya sendiri dan diberi judul Janji Mama. "Inspirasi lagu itu datang selepas saya berbual dengan ibu di telefon selama dua jam. Perbualan itu membuatkan saya sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu demi melihat anaknya berjaya mencapai cita-cita," katanya. Proses rakaman demo bagi lagu itu sudah selesai dan Ismail menyasarkan rakaman penuh akan disiapkan sebelum menjelang Aidilfitri ini. Selain lagu bersama ibunya, Ismail yang kini fokus untuk berkolaborasi dengan artis tempatan sedang giat menyiapkan album yang bakal memuatkan sekitar 12 hingga 15 lagu baharu. Sumber: Harian Metro
|
Miejaaa replied at 28-1-2026 04:10 PM
Bukan sedap pun mak dia menyanyi kehkehkeh
supernaturalee replied at 28-1-2026 04:16 PM
tahnye
pnh jgk tgk video lama2 maknya nyanyi kt youtube
prince_marhaen replied at 29-1-2026 09:24 AM
Mak ko masa artis pun sejuk beku nokkk... suara pun tak sedap... feeling je lebih.
angin_menderu replied at 28-1-2026 05:06 PM
Baru 26 mael ni. macam lama dah tgk dia ni nanyi.
Kiranya waktu mula mula nanyi tu memang very the m ...
ADVERTISEMENT