CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Nak Settle Pergi Jumpa Depan-Depan…Gaduh Depan-Depan” - Didie Alias

28-1-2026 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6533| Komen: 6

 



Pelakon dan pengacara Didie Alias menasihatkan golongan selebriti yang berselisih faham agar selesaikan kemelut secara matang dan bukan membuat luahan di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik semula di Threads, pelakon berusia 54 tahun itu berkata jumpa secara berdepan untuk selesaikan isu berkenaan lebih profesional.

Menurut Didie lagi, membuat luahan di media sosial hanya memburukkan keadaan lebih-lebih lagi apabila netizen yang akan ‘menambah-nambah’.

“Simple je, tak perlu luahkan di sini (media sosial). Nak selesaikan pergi jumpa depan-depan. Nak gaduh depan-depan. Barulah betul. Selesai secara bersemuka lebih profesional. Contoh macam saya, kalau tak puas hati, saya pergi jumpa terus.

“Orang kata saya gaduh dengan orang itu, saya pergi jumpa. Letak dalam media sosial, lagilah netizen bagi nasi tambah. Orang tak tahu cerita lagi menambah-nambah,” katanya.

Sementara itu, Didie berkata dia percaya kedua-dua individu tersebut sudah cukup matang dan lebih baik jika hanya berkongsikan hal kerja di media sosial.

“Saya tak nak salahkan sesiapa. Masing-masing dah besar dan matang, dah nak berlaki semua.

“Dalam media sosial, cerita pasal kerja. Perkara remeh tak perlu dicanang. Tak payah berperang-perang. Kita satu biar profesional,” katanya.

Sumber: Threads, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 28-1-2026 07:59 PM
setujoooo
Quote ekselen 28-1-2026 08:02 PM
didie tak takut ke kang dikaliamak plk.. x memasal je kang.. yg sorg dah kena..
Quote Hoola 28-1-2026 08:16 PM
mcm tu la kak didie jaman hari ni
semua nk canang satu donia
kisah bergaduh ke, lakibini ke
dgn netijem skali depa heret masuk permaslah depa
mana semua xdrain xmental
Quote sharlenetexas 28-1-2026 08:18 PM
She ri tu kan gaduh dgn enot siap spill pasal tutttt.


Quote MatDeghem 28-1-2026 10:15 PM
lagi satu enterframe.....

Quote ninja boy 28-1-2026 10:35 PM
X semua org ada kekuatan gaduh depan2 x pasal2 kena debik dan report polis, gaduh media sosial x pasal2 kena saman, gaduh dalam hati dendam kesumat  pulak ada jumpa bomoh tak pasal2 derita sihir kena berubat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.100153 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top