|
KUALA TERENGGANU – Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, yang mengalami bisul kronik pada bahagian paha akan menjalani prosedur pembedahan membuang bisul berkenaan.
Peguam tertuduh, Fahmi Abd. Moin berkata, anak guamnya dijangka menjalani prosedur berkenaan sama ada esok atau lusa. “Beliau (Salwani) sedang mengalami masalah bisul dan akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalani prosedur membuang bisul tersebut,” katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah di sini semalam. Terdahulu, Salwani tiba di Mahkamah Sesyen di sini dengan memandu sendiri pada pukul 8.25 pagi. Dia kemudiannya dipimpin untuk memasuki pekarangan mahkamah sebelum ke kamar mahkamah dengan menaiki kerusi roda. Semasa prosiding berlangsung, tertuduh bangun sendiri menuju ke kamar tertuduh sebelum duduk di kerusi untuk mendengar pertuduhan dibacakan ke atasnya. Salwani sekali lagi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya di Mahkamah Sesyen di sini semalam. Sumber – KOSMO! ONLINE
|

ultra78 replied at 26-1-2026 06:57 PM
Buang bisul perlu ke masuk berita?

TTun_Teja replied at 26-1-2026 04:21 PM
Apa maksud bisul kronik?
Org dulu2 ckp...tumbuh bisul sebab duduk atas bantal..
Entah iye...entah ti ...

Kitty_catz replied at 26-1-2026 06:36 PM
moral of the stori
ada berlori2 jam rolex pun tak kalis bisul
Terdahulu, Salwani tiba di Mahkamah Sesyen di sini dengan memandu sendiri pada pukul 8.25 pagi.
Dia kemudiannya dipimpin untuk memasuki pekarangan mahkamah sebelum ke kamar mahkamah dengan menaiki kerusi roda.
ADVERTISEMENT