CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Kota Paling Utara Di Bumi, Hidup Dalam "Peti Ais"

4-2-2016 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15117| Komen: 40


Oleh : Dean BZ


Bukan satu perkara mustahil jika di kutub utara bumi terdapat sebuah kota yang sudah sangat moden dan mempunyai ramai penghuni.

Namun, bayangkan kehidupan anda setiap hari dalam cuaca sejuk melampau ibarat seperti berada didalam peti ais. Itulah yang dialami oleh penduduk Norilsk, sebuah bandar terpencil Siberia di Russia boleh dianggap seperti berada di dalam peti sejuk kerana hampir sepanjang tahun dilanda cuaca sejuk melampau.

Suhu purata bandar itu adalah -10 darjah Celsius dan boleh mencapai suhu serendah -55 darjah Celsius pada musim sejuk yang tidak berkesudahan.

Pada setiap tahun terdapat dua bulan di mana penduduk di bandar ini terpaksa berdepan dengan kegelapan sepanjang hari. Keadaan yang dikenali sebagai malam polar ini berlaku di kawasan utara dan selatan Bulatan Artik akibat tidak menerima cahaya matahari yang mencukupi.

Lebih teruk lagi, penduduk di bandar ini terpaksa berdepan dengan salji yang turun selama lapan hingga sembilan bulan pada setiap tahun. Bagaimanapun, bandar yang terletak kira-kira 402 kilometer dari Bulatan Artik ini kaya dengan hasil bumi seperti nikel dan tembaga menjadikan industri perlombongannya berkembang pesat.

Kekayaan hasil bumi ini menjadi satu-satunya faktor mengapa manusia sanggup tinggal di Norilsk. Sejarah Norilsk bermula apabila tahanan Gulag digunakan bagi mengembangkan penempatan Siberia itu pada 1935 dan dalam tempoh 20 tahun lebih 500,000 tahanan terbabit dalam pembinaannya.


Sepanjang pembinaan, ribuan tahanan kehilangan nyawa. Hari ini, Norilsk bandar yang terletak paling utara di bumi, mempunyai 170,000 penduduk.


Jurugambar Russia, Elena Chernyshova menghabiskan beberapa minggu di sana untuk projek foto yang bertajuk ‘Days Of Night - Nights Of Day.’ Beberapa gambar menunjukkan penduduk berjemur, berkelah dan berparti untuk memanaskan badan ketika musim sejuk. Cuaca sejuk melampau menyebabkan tempat untuk bersukan, beli-belah dan perjumpaan sosial diadakan di dalam bangunan.

Kanak-kanak sering menghabiskan beberapa bulan di dalam rumah, mujur bandar itu mempunyai bangunan besar tempat mereka menikmati aktiviti riadah seperti berbasikal dan bermain.

Sudah macam cerita Frozen pula, tak dapat bayangkan jika hidup disana cukuplah selama seminggu. Pasti kesejukan menusuk hingga ke tulang hitam. - CARI Infonet.











Sumber  - hmetro/siberiantimes.com

8

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jajabeans 4-2-2016 12:52 PM
bangunan dia design sepesen jer
Quote Artemesiaa 4-2-2016 01:33 PM
Kalau dah macam itu yg terpaksa dihadap tiap2 hari pasti dah jadi lali buat mereka.  Tapi yang jadi pelik selalunya pelancong yang datang berkunjung sanggup tidaknya harung cuaca sbegitu sepanjang percutian.
Quote dauswq 4-2-2016 01:57 PM


yg tu masjid kah atau orthodox church ?
Quote dauswq 4-2-2016 01:59 PM
hahaha mmg betul pun masjid

https://en.wikipedia.org/wiki/Nord_Kamal_Mosque
Quote dauswq 4-2-2016 02:00 PM
orang malaysia leh la tinggal sane sbb ade masjid wlpn jauh smpi ke artik sane
Quote mizkajura 4-2-2016 02:22 PM
wow sejuk tuh
Quote MISZZZ 4-2-2016 02:43 PM
wow... macam bes jer kan
Quote fifie_olin 4-2-2016 02:58 PM
kalo dh suhu mcm ni...mau mkn je 24 jam....nak2 lg dpt beefstik..perrgghhhh
Quote sarahmirza 4-2-2016 03:02 PM
dauswq replied at 4-2-2016 02:00 PM
orang malaysia leh la tinggal sane sbb ade masjid wlpn jauh smpi ke artik sane

Maknanya ada masyarakat Islam di sana... So, boleh kita migrate sana. Saya berminat.
Quote kucen_miang 4-2-2016 03:03 PM
camana la dorang mengali dlm cuaca sejuk


Quote dauswq 4-2-2016 03:05 PM
sarahmirza replied at 4-2-2016 03:02 PM
Maknanya ada masyarakat Islam di sana... So, boleh kita migrate sana. Saya berminat.

masjid tu plg besar katenye...mskdnye komuniti muslim kt sane agak besar gak..
tak de mslh dr segi dptkan makanan halal..
tp sanggup kah duk kt situ? 3 bulan jek musim panas, itu pun temperature ala2 kt cameron highland gtuh
Quote financeadvisor 4-2-2016 03:06 PM
nmpak sejuknya~suka lah~
Quote kucen_miang 4-2-2016 03:06 PM
Quote kucen_miang 4-2-2016 03:10 PM

the most polluted city in the world.


Quote financeadvisor 4-2-2016 03:16 PM
kucen_miang replied at 4-2-2016 03:10 PM
the most polluted city in the world.

wow... but this look like not best...
Quote sarahmirza 4-2-2016 03:21 PM
dauswq replied at 4-2-2016 03:05 PM
masjid tu plg besar katenye...mskdnye komuniti muslim kt sane agak besar gak..
tak de mslh dr seg ...

Alah bisa, tegal biasa ...

Masalahnya nak kena belajar bahasa lain pula.
Quote kucen_miang 4-2-2016 03:21 PM


Once the largest heavy metals smelting complex in the world, Stalin built it and forced gulag prisoners to work there.
Quote misscendol 4-2-2016 04:19 PM
Mesti bisnes peti ais kat sana xlaku. Xyah peti ais pon boleh beku sbb sejuk all the time
Quote cmf_Kimmy 4-2-2016 06:11 PM
sedangkan kat London -3 dah kira sejuk sgt kat aku.....ni kan pulak -55, dah lah tu sampai 8  atau 9 bulan sejuk memanjang.....tak sanggup aku.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.065167 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top