CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buang puntung rokok, lelaki Aceh didenda RM300, 6 jam khidmat masyarakat

26-1-2026 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28195| Komen: 12

 


ALOR SETAR – Seorang lelaki dari Aceh, Indonesia didenda RM300 dan diarah menjalani perintah khidmat masyarakat selama enam jam oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan membuang puntung rokok pada 1 Januari lalu.

Jufri Zulkifli, 39, selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Dia juga diperintah untuk dipenjara selama tiga bulan, jika tidak membayar denda dikenakan, selain perlu menjalani khidmat masyarakat selama enam jam dalam tempoh dua bulan dengan pelaksanaan satu jam sehari.

Jufri yang merupakan buruh binaan membayar denda dikenakan.

Ia merupakan pertuduhan pertama di Kedah bagi kesalahan membuang sampah kecil yang melibatkan pelaksanaan perintah khidmat masyarakat.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuang puntung rokok di tempat awam iaitu di sekitar Menara Alor Setar kira-kira pukul 12.10 tengah malam, 1 Januari lepas.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 77A(2) dan sebagai tambahan boleh dikenakan perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen 77B(1) akta sama.

Kesalahan itu memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 dan boleh sebagai tambahan kepada denda iaitu membuat perintah khidmat masyarakat tidak melebihi 12 jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat jam, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Nur Idayu Syazwani Mohd. Arif, manakala OKS tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, warga asing terbabit merayu hukuman ringan memandangkan dia perlu menanggung tiga anak dan ibu.

“Saya buat kerja kuli bangunan sahaja dan kerja tidak menentu dengan pendapatan RM80 sehari,” katanya.

Pihak pendakwaan seterusnya memohon hukuman setimpal dikenakan kepada OKS. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 26-1-2026 06:19 PM
Camne k buat report org yg buang sampah merata2 ni ye? Kena record ke sbgi bukti? Kdg tu x sempat nk ambil hp sbb cpt agt pembuangan campak smapah tu.
Quote miss_white 26-1-2026 06:33 PM
Bagus .lepas tu hantar blk aceh.
Quote lanacondor 26-1-2026 09:59 PM
mejaputih: Camne k buat report org yg bua ...
kwsn tumpuan pelancong je kot. Kwsn lain mcm xde je
Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2026 06:30 AM
Ini di bukit bintang
[fbp]https://www.facebook.com/reel/1572570813924145/?fs=e&fs=e[/fbp]

https://www.facebook.com/reel/1572570813924145/?fs=e&fs=e




Quote ardent91 27-1-2026 07:28 AM
mejaputih replied at 26-1-2026 06:19 PM
Camne k buat report org yg buang sampah merata2 ni ye? Kena record ke sbgi bukti? Kdg tu x sempat nk ...

biasa org2 yg rekod tu pekerja2 kedai berdekatan sebab kedai dorg ada cctv boleh rekod.. pastu kereta yang ada dashcam even kereta tu tengah park x bergerak pown kan boleh record lagi
Quote ardent91 27-1-2026 07:30 AM
aku harap sgat la very soon orang2 yang menunggang motor in opposite direction akan kena jugak,, memang undang2 sedia ada larang kenderaan menentang arus tp mcm x dikuasakan jer... lg satu kenderaan yg langgar lampu isyarat merah.. motor especially.. patot ada kamera macam AES tu installed kat setiap traffic light, boleh terus capture gambar traffic offender...
Quote supernaturalee 27-1-2026 08:08 AM
ardent91 replied at 27-1-2026 07:30 AM
aku harap sgat la very soon orang2 yang menunggang motor in opposite direction akan kena jugak,, mem ...

kamera di trafik light tu bnyk je pasang

mostly di pekan2 la

yg ni klu kena, 300 ye

xbyr black list terus

selagi tak setelkan xleh renew roadtax



back to isu

moga video ni sampai ke pengetahun menteri baru kita

sakit nmpk bukit bintang tu

sampahnya, pengemisnya, homelessnya

klu kedai2 tak bnyk situ, mau jd skid row kt l.a. nun
Quote IzzahF 27-1-2026 09:23 AM
klang valley tak buat ka? aiols nak report nebor sebelah rumah ni. dah la merokok seropa serombong kapal, tak henti2 sampai bau menyengat kat rumah ai...dah tu puntung rokok bersepah depan rumah, ditup angin merata2 atas jalan...kadang masuk rumah ai

geli la nak kutip bekas2 air liur org
Quote IzzahF 27-1-2026 09:23 AM
klang valley tak buat ka? aiols nak report nebor sebelah rumah ni. dah la merokok seropa serombong kapal, tak henti2 sampai bau menyengat kat rumah ai...dah tu puntung rokok bersepah depan rumah, ditup angin merata2 atas jalan...kadang masuk rumah ai

geli la nak kutip bekas2 air liur org
Quote jiwasemangat 27-1-2026 09:59 AM
Nampak camm tak buncitt..
Quote mejaputih 27-1-2026 11:14 AM
ardent91 replied at 27-1-2026 07:28 AM
biasa org2 yg rekod tu pekerja2 kedai berdekatan sebab kedai dorg ada cctv boleh rekod.. pastu ker ...

I see...kalau ada cctv sng la kan...kalau kete hanya record belah dpn je...
Quote Decaffeinated 27-1-2026 12:28 PM
Puntung rokok bagi aku OK kalau nak buang celah2 pokok. Ia sampah organik akan blend dgn tanah. Untuk tidak menyakitkan mata, gomen boleh wajibkan rokok kaler tanah atau kaler hitam.

Yang sangat menganggu sampah2 pembungkus macam plastik etc.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038767 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top