|
Pelakon Kamal Adli memberikan pesanan kepada netizen agar tidak menghukum mana-mana pihak berkenaan isu tular di media sosial. Menerusi hantaran di Threads, Kamal mengingatkan kepada netizen yang membaca untuk mengharmonikan suasana serta tidak mengeruhkan lagi keadaan. “Salam Subuh semua rakyat. Kecoh di Threads ya. Ingat, kita hanya baca dan jangan ‘judge’ sebab itu masalah mereka. Ingat kita hanya baca dan jangan ‘judge’ sebab itu masalah mereka,” tulisnya. Tambah Kamal lagi, lebih baik kita mendoakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak dan tidak terikut-ikut dengan perkara hangat yang diperkatakan. “Kita kena harmonikan suasana thread ini biar aman. Allah sayang kalau kita tenang. Lagi pun korang semua comel kan? Doa yang baik baik je,” tulisnya. Sumber : Rotikaya
|
Perawankota replied at 26-1-2026 02:40 PM
Thread dh toxic gila. Yang muda x leh terima nasihat yang tua. Pastu biadap lak tu
ekselen replied at 26-1-2026 02:51 PM
betul tu... terlalu ramai jadik "gila" hanya krn seorg yg bernama artis... biadap,kurang ajar, tud ...
ekselen replied at 26-1-2026 02:51 PM
betul tu... terlalu ramai jadik "gila" hanya krn seorg yg bernama artis... biadap,kurang ajar, tud ...
ADVERTISEMENT