CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Yang Makan Dadah, Minum Arak, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf

26-1-2026 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24680| Komen: 19

 



Pelakon muda, Puteri Balqis menggesa rakan industri, Mia Sara Nasuha, supaya tampil memohon maaf kepada ibunya, Norashikin Mohd Aziz, yang didakwa menjadi mangsa penganiayaan dan fitnah.


Menerusi satu hantaran panjang di media sosial, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap dakwaan yang dikatakan memberi kesan mendalam kepada keluarganya, khususnya ibunya.

 


“Mohon maaf dengan mak aku. Kau mampu jawab dengan mak aku? Yang kaki kelab bukan mak aku. Yang kaki botol bukan mak aku. Yang makan dadah bukan mak aku. Itu kau. 100 peratus kau.

“Yang gugurkan anak bukan aku, tapi kau. Aku dah dididik dengan baik, tapi aku yang sial. Hadam ayat ini,” tulisnya dengan nada tegas.

Dalam hantaran sama, Aqish turut mengimbau kata-kata lama yang didakwa pernah dilemparkan kepadanya sebelum ini, selain mempersoalkan sikap segelintir pihak industri yang menurutnya hanya bersuara ketika satu pihak mendapat simpati.

“‘Mak kau tak didik kau ajaran agama.’ Bunyi macam biasa? Itu ayat kau. Mana artis-artis hebat yang sanjung kau waktu kau menangis, dan diam waktu kami difitnah?” luahnya.

Aktres drama rantaian popular Keluarga Itu ini turut menzahirkan rasa terkilan terhadap ahli keluarga dan saudara-mara yang didakwa menjauhkan diri serta mempercayai fitnah terhadap ibunya.


 


“Kepada keluarga ibu aku, saudara mara ibu aku yang buang ibu aku, yang fitnah ibu aku kerana lebih percayakan bekas suaminya dan Mia Sara, yang sanggup buang darah daging sendiri kerana percayakan dua iblis ini, terima kasih, dari anaknya dan suaminya,” katanya.

Sebelum ini, Aqish mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika kecil, selain mendakwa difitnah dan diperangkap sehingga mengheret keluarganya ke dalam konflik berpanjangan.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan balas rasmi dikeluarkan oleh Mia Sara Nasuha berhubung dakwaan berkenaan.

Sumber : xtra


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 26-1-2026 12:57 PM
Edited by L.U.S.M at 26-1-2026 01:06 PM

Pada aku aqish ni dh buat byk kesalahan undang2 ye...

1. Doxxing info account ig Mia Sara, family n personal life dia
2. Sebar fitnah sbb xde bukti / info sahih pun..semua ckp org je
3. Siber buli
4. Harassment and provocation sebab keep tagging username ID Mia Sara
5. Name calling etc with intention nk humiliate dia...

Memang jadi kes klu Mia Sara proceed nnt ni..
Aku doakan Mia Sara saman si Aqish biadap ni..biar jadi pengajaran
Her social personal life has nothing to do with u aqish..
Video ko ckp ko dh maafkan Mia Sara dulu tu pun jadi evidence yang sekarang ni ko yang cari pasal siap instigated berkali2 through social media dgn ayat2 lucah

Kata nk defend mak ko..dh tu kenapa xhired lawyer settle elok2 masa benda tu jadi..
Sendiri ckp ok but now kenapa ko sound2 mia mcm dia hutang ko seumur hidup dia pulak

[tiktok]7063400744170360091[/tiktok]

Aqish ni bodoh sebijik mcm mak dia..fake all the wayyyyyy
Quote lanacondor 26-1-2026 12:59 PM
last time ada kt rtm tayang kisah bdk ni mak ayah meninggal eksiden. Anak2 kecik2 lagi. Yg abg sulung korban g kje dgn tempat lori sampah utk sara adik2 yg kecik lagi. Dia yg xde mak bpk nak bg makan pon xde buat bukan2 depression bagai. Ko tu ada mak lagi. Tgjwb cri rezeki adalah mak ayah bkn anak yg masih sekolah
Quote lanacondor 26-1-2026 01:00 PM
L.U.S.M replied at 26-1-2026 12:57 PM
Pada aku aqish ni dh buat byk kesalahan

1. Doxxing info account ig Mia Sara

Well said chuolz..  
Quote azwanaliori 26-1-2026 01:06 PM
Sian si B ni menurun kat dia victim mentality kuat pekat likat dari mak dia ke dia.
Quote L.U.S.M 26-1-2026 01:15 PM
lanacondor replied at 26-1-2026 01:00 PM
Well said chuolz..


Mari benci org suka siber buli ni
Quote nisako 26-1-2026 01:16 PM
nape aih jd cm ni benda dah lepas mengungkit2 je
Quote Shayang 26-1-2026 02:00 PM
L.U.S.M replied at 26-1-2026 12:57 PM
Pada aku aqish ni dh buat byk kesalahan undang2 ye...

1. Doxxing info account ig Mia Sara, family n ...

Muka dia yg ni dah hilang dah ke sbb mekap.
Dulu muka dia inesen je
Sampaikan masa tu aku ingat acik porem tak percaya dgn apa yg dia tulis kat socmed sbb dia nmpak naif
Tp skrg ni rasanya mmg dia la kot yg tulis sbb dah penah tgk video yg dia mkn buah delima sambil mensialkan org tu
Dan aku senarnya terkejut umur dia baru 19 tahun.
Awal gaklah dia dh nk kahwin
Quote lasagna 26-1-2026 02:08 PM
dah berapa hari lamanya psal ni kat thread..
rsenya aku xkn bkk laa kot thread sekejap,
manjang kuar semua netz komen haa..
Quote L.U.S.M 26-1-2026 02:14 PM
Edited by L.U.S.M at 26-1-2026 02:32 PM
Shayang replied at 26-1-2026 02:00 PM
Muka dia yg ni dah hilang dah ke sbb mekap.
Dulu muka dia inesen je
Sampaikan masa tu aku ingat ac ...


Jujur ckp aku xpernah layan cite yg aqish ni berlakon so aku xtahu punya lemah gemalai suara dia meraih simpati org..patut la smpi tv3 n produksi jatuh kasihan  kat dia smpi blh menang award sbb mmg persona org miskin yg sgt berbudi bahasa

Tp bila aku nmpk posting dia bertalu2 maki carut siap biadap dgn org2 lg tua dr dia even org tu xpetik nama dia..aku rasa inilah TRUE COLOR dia sebenarnya...

Selama ni dia cuma berpura2 n berlakon ayu lemah lembut sopan je..

sebab dia sendiri jgk mengaku dulu dia terpaksa berdiam diri(meaning itu bukan diri dia tp dia xde choice)

Now dh berkepak..duit ada byk.. baru dia tunjuk "belang" dan "taring" rempit dia..dpt plk bdk TikTok dgn thread kaki enabler lg menjadi2
Quote L.U.S.M 26-1-2026 02:17 PM
Shayang replied at 26-1-2026 02:00 PM
Muka dia yg ni dah hilang dah ke sbb mekap.
Dulu muka dia inesen je
Sampaikan masa tu aku ingat ac ...

Ni muka bare face dia...

Screenshot_2026-01-25-19-39-22-500_com.ss.android.ugc.trill-edit.jpg

Idokla sama langsung dgn MF, mata biashe2 n bibir sexy celah mana...hitam wehhh
Quote AWEKSAMURAI 26-1-2026 02:27 PM
L.U.S.M replied at 26-1-2026 12:57 PM
Pada aku aqish ni dh buat byk kesalahan undang2 ye...

1. Doxxing info account ig Mia Sara, family n ...

Aku setuju .. aku harap MS saman PB dia mcm over co confident btul terpaling sgt ni
Quote AWEKSAMURAI 26-1-2026 02:29 PM
lasagna replied at 26-1-2026 02:08 PM
dah berapa hari lamanya psal ni kat thread..
rsenya aku xkn bkk laa kot thread sekejap,
manjang kua ...

Aku dh 2 bulan delete thread lepas asyik kena serang dgn Basstard bodoh x tahan aku .. hahaha sbb bodoh sgt ajak lawan hujah xnak pulak ..
Quote Mimicomel 26-1-2026 02:39 PM
Budak ni mungkin dia ada point, tapi cyber bullying not the answer. Also rasa pelik2 je family dia tu konon The Peots family bagai...umur 19 dah tunang. Ntah la
Quote Sendawg 26-1-2026 02:54 PM
Is it bad that makin aku tahu beef antara diorang ni makin aku lagi tak suka dgn PB and her family? Her case is tauladan untuk just because you're a victim and in the right, doesn't give you any right to melalak. Nak melalak, berpada-pada.

Aku risau disebabkan netizen tengah side dia, dia lagi hidung tinggi and netizen will enable her just because kesian. Walaupun it's very easy for the tables to turn.
Quote ZORRO5555 26-1-2026 02:57 PM
Quote prettyuglybabe 26-1-2026 03:27 PM
aib korang belum keluar je..
tak payah nak dox orang sangat..
life kau pun belum tentu suci aqish oiii..
Quote divalaura 26-1-2026 04:38 PM
i kesian pasaL dia kena buli. Tapi benci bab dia biadap.
Mak dia memang nampak macam sesuatu pun...mana lah orang tak mengata. Kalau dah "Akar" pun macam tu, taK heran Aqish pun perangai hauk biadap. berlambak lagi orang kena tindas kena aniaya. Dah bapak dia pun sesuatu jugak. 1 family problem. bila kena kecam terus kanser mampu hidup 3 bulan je

L.U.S.M:    Edited by L.U.S.M at 26-1-2026 01:06 PM  Pada aku aqish ni dh buat byk kesalahan undang2 ye...1. Doxxing info account ig Mia Sara, family n personal ...


Quote Tinot7 26-1-2026 04:53 PM
Kisah sexual assault apaknya apecer?
Pastu kisah dia sakit idung berdarah, nak cek kanser tu apecer?

Bab duit kutipan deme nak buat forex tu dah tau.. hat lain2 tu masih cerita tergantung
Quote Perawankota 26-1-2026 05:23 PM
L.U.S.M:  Edited by L.U.S.M at 26-1-202 ...


Well said. Mungkin sebab ni jugak Ada posting yg PB ni dah turunkan. Takut kena saman

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.080157 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top