CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nur Nilam Ortiz tawar tanggung kos guaman Aqish jika disaman

25-1-2026 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 35802| Komen: 17

 


Pelakon dan usahawan, Nur Nilam Ortiz bersedia untuk membantu pelakon Puteri Balqis membayar kos perundangan jika dia berdepan tindakan saman.

Nur Nilam berkata, dia menghormati keberanian Puteri Balqis atau Aqish apabila bersuara mengenai penderitaannya dalam bidang seni dan menyifatkannya sebagai seorang anak yang baik.

"Kalau betul Puteri Balqis disaman, saya akan bantu upah peguam yang bagus dan menanggung semua kos guaman sampai selesai untuk pastikan dia dan mak dia dibela sebaiknya.

"Orang yang banyak 'luka' selalunya berani bercakap sebab dah terlalu lama diam. Daripada pemerhatian saya, Puteri Balqis seorang anak yang baik. Apabila menyentuh pasal maruah dan kebenaran, hal itu memang kena dipertahankan.

"Jikalau dia perlukan apa-apa, saya harap dia tahu macam mana hendak cari saya. Tolong jangan ganggu dia, biarkan dia tenang," katanya menerusi hantaran di Threads.


Menerusi ruangan komen, ramai netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Nilam kerana sudi membantu Aqish sekiranya berdepan tindakan saman berkenaan.

Terdahulu, Puteri Balqis mendakwa dia dan keluarga berkemungkinan berdepan tindakan saman akibat kontroversi membabitkan rakan selebriti.

Menerusi perkongsian Instagram Story (IGs), Puteri Balqis mendakwa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp yang antara lain menyebut tindakan undang-undang mungkin diambil terhadap mereka.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 25-1-2026 03:20 PM
Edited by tumpanglalu74 at 25-1-2026 03:24 PM

Best menyaman ape kalo ade tukang nak sponsor OKT..

Pakai duit belen buang silikon ke??

1000082555.jpg
Quote red_velvet 25-1-2026 03:30 PM
Tiberrrrrrrrrrrrr into the scene
Quote Prahara 25-1-2026 04:49 PM
Ini barulah namanya menunggang isu
Quote NuansaBiru 25-1-2026 04:57 PM
Terlalu banyak sampah sarap dlm industri. Ni salah satunya. Tak tau apa sumbangan dlm bidang seni, tapi sentiasa menyuakan diri utk digosipkan.
Quote sharlenetexas 25-1-2026 05:51 PM
NuansaBiru replied at 25-1-2026 04:57 PM
Terlalu banyak sampah sarap dlm industri. Ni salah satunya. Tak tau apa sumbangan dlm bidang seni, t ...

Tibaiunta gebor


Quote kotakbaju 25-1-2026 06:42 PM
Dh dapat baby ke dia ni, ritu kata preggy kan
Quote asfaz 25-1-2026 06:55 PM
Senyap la kau!! Semak aje,bukan sesapa pun sekadar bini pelakon kaki celup2.
Quote L.U.S.M 25-1-2026 07:04 PM
Dia ni sendiri tgh saman org lain..sibuk plak nk offer service menyaman org lain nmpk sgt into the scene
Quote brainbiru 25-1-2026 07:16 PM
Kau makesure kotakan apa yg kau janji... kalau tak, kau pun diSIALkan budak ni...[ig]https://www.instagram.com/reel/DSthOw9kobq/?[/ig]
Quote zie_indah 25-1-2026 07:20 PM
Nak jugak amik bahgian adoiiii si binik komeng ni hehee
Quote LembingDayanti 25-1-2026 07:25 PM
ya allah apa dia cakap ni justice2. sumpah english dia kelaut weihhhh.
Quote DeLuna85 25-1-2026 10:07 PM
Awas kalau tak jadi
Quote Shayang 25-1-2026 10:24 PM
Eh dia ni dah kaya ke?
Aritu bukan ke hilang duit masa eksiden
Pastu ntah mcm2 isu gak la
Laki mcm takleh jalan
Pastu tiba laki nak sgt berpoli gami
Pastu dia mengandung sblm tu ada ngandung gak tapi baby hilang ke apa tah
Btw aku perasan dia selalu ade mcm2 isu tp mcm tak kuat sangat utk tokey kamben bakar amik jd content
Quote sukacactus 25-1-2026 10:39 PM
Lahhhh…!!! Nak jugak!
Quote awenda507 26-1-2026 12:28 AM
Nk jugak menunggang
Quote brunesss 26-1-2026 10:11 AM
aku tak berapa minat penonggang, tapi kalau untuk good cause macam ni silakan. ok?
Quote prettyuglybabe 26-1-2026 10:25 AM
gigih betul cobaan nak melepaskan diri dari kurungan esbok ye..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.327345 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top