CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Virus Zika Senjata Biologi Ciptaan Amerika?

4-2-2016 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16934| Komen: 122


Oleh : Dean BZ


Virus Zika  yang dibawa oleh Nyamuk Aedes kian menular dan menimbulkan kebimbangan dunia. Virus Zika dikenalpasti di negara Uganda pada tahun 1947 semasa pemantauan demam kuning sylvatic di kalangan monyet Rhesus. Ianya kemudian dikenalpasti di dalam badan manusia pada tahun 1947 di Uganda dan juga Tanzania. Kini ianya telah merebak di Perancis, Polynesia, Asia dan Amerika Selatan.

Apa yang menarik ingin penulis kongsikan, terdapat sumber yang mengaitkan Virus Zika sebenarnya merupakan senjata biologi ciptaan USA.



Dikatakan, USA menggunakan senjata biologi virus Zika ini terhadap musuh negara yang tidak sebulu dengannya. USA telah membelanjakan $100 billion untuk penyelidikan senjata biologi sejak tahun 2001. Ia dikenali sebagai senjata biologi anti-terrorism art of 1989- menurut professor perundangan Antarabangsa Francis A.Boyle.

Menurut bekas Physician ketua Negeri Sanitery Russia Gennady Onishchenko. Wabak virus zika membawa maut ini adalah senjata peperangan biologi. Wabak ini boleh merebak dengan pantas membunuh hingga 4 juta orang dalam tempoh yang singkat.

Senjata biologi ini telah dicipta secara diam-diam sejak 1948 lagi. Senjata biologi ini di upgrade oleh USA beberapa tahun kebelakangan ini.
Virus zika dibawa nyamuk aedes ini boleh menyebabkan kecacatan bayi dan kanak-kanak serta membunuh orang dewasa.

Virus zika ini juga boleh berjangkit melalui hubungan seksual. Ini adalah salah satu ciri-ciri senjata kejuruteraan sentatik boleh berpindah melalui air liur.

Menurut wartawan penyiasatan Jerome Corsi WND.com, virus zika ini akan disebarkan ke Amerika Latin Brazil Argentina Eropah Afrika dan Timur Tengah tanah arab.

Apakah tujuan USA menyebarkan senjata biologi ini ?
1-Menghapuskan populasi manusia dengan mudah di sesebuah negara. Kurang manusia kurang penentangan dan bantahan untuk USA merompak hasil bumi minyak dan gas di sesebuah negara.
2- Tujuan untuk merosakkan ekonomi sesebuah negara yang tidak sebulu dengan USA. Contoh Brazil dan Argentina menyertai BRICS dan menolak tawaran TTIP atau TPPA. Ini menyakitkan hati USA. Akibat dari serangan virus zika ini orang ramai takut untuk datang ke negara mereka untuk berurus-niaga.
3- Business yang menguntungkan USA akan membekalkan vaksin virus zika dan ubat sintatik apabila semua negara bodoh menandatangani perjanjian TPPA atau TTIP jika di Eropah.

Virus Zika dikaitkan dengan penyusutan otak pada bayi yang belum lahir sehingga menyebabkan kerosakan parah pada otak dan juga menyebabkan kematian. Zika telah tersebar ke lebih 20 negara dan menimbulkan kebimbangan terutamanya rakyat Brazil.

Presiden Brazil, Dilma Rousseff, telah menyeru kepada para pemimpin negara Amerika Latin untuk bersatu dalam memerangi virus tersebut. 

Persoalannya, adakah benar ia ciptaan USA? Mungkin tidak mustahil juga kerana USA memiliki kecanggihan teknologi melebihi negara-negara lain. Cuma pada pandangan penulis, jika hanya membuat spekulasi tanpa bukti ia sudah menjadi satu fitnah betul tak. CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
9

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lkick2113 4-2-2016 11:34 AM
another bullshit theory conspirashit, fucking shit....
Quote kak_sue 4-2-2016 11:35 AM
Itu hari akak ada baca kat FB....
Durian belanda boleh sembuh cancer. America tahu tentang ini tapi mereka merahsiakan info. Sekarang orang melayu dah tahu. Sibarkan sibarkan....

Ya ampun....akak macam nak comment tapi takut nanti mereka kecik hati...so bior lah..asalkan keluarga akak tidak mempunyai mindset seperti ini udah.....



Quote mzzenma 4-2-2016 11:40 AM
Tak tau nak gelak ka nak nangis baca ni

Hanya mampu doa ahli keluarga mzz dijauhkan dari tahap kebodohan level expert mcm ni
Quote famri7 4-2-2016 11:47 AM
tapi kenapa Brazil dan US sendiri yang isytihar darurat skrang sis? bodohkah mureka nk bunuh rakyat sendri? ..adakah betul dakwaan ummah bodoh yang kata mereka sanggup bunuh rakyat sendiri semata2 nak target tentera mahdi....pergi sembah berhala lagi baik sis
Quote famri7 4-2-2016 11:48 AM
Bagaimana pula dengan West nile virus yang serang yisrael ? failed experiment juga kah?
Quote C3cakKempes 4-2-2016 11:52 AM
Memanglah ciptaan US
Quote mybluegetz 4-2-2016 11:52 AM
senang senang kita salahkan illuminati,freemason dan yahudi lah utk semua nih

sementara diorg dgn bijaksananya research utk maju ke hadapan

kita tunggu dan komen sajalah dgn fb, laman web, blog, computer ciptaan sapa tah ni

klu ade masa cari bisness MLM La Genius. Dh la boleh jimat api, dia kurangkan penyakit kronik ciptaan yahudi jugak.

sbb La Genius tu ciptaan genius Melayu @ Asia

eh bhenti lepak2 tepi jalan minum kopi main dam dulu lah
Quote pseudo_kl 4-2-2016 11:56 AM
amalan "blame others"ni mmg dah tertanam dalam setiap ummah muslim melayu agaknya.
Quote mokcikKSKB 4-2-2016 12:00 PM
Aku hmmmmm kan aja...
Quote Loxlaxman 4-2-2016 12:02 PM
farking sheet...
Quote spiderman80 4-2-2016 12:05 PM
Sikit-sikit Yahudi....sikit-sikit salah DAPig

Quote MissMamamia75 4-2-2016 12:10 PM
saya baca di sini..http://www.globalresearch.ca/who-owns-the-zika-virus/5505323

kabornya Virus Zika tu blh di beli online je..kalo web tu tipu..maap la ye..

And who owns the patent on the virus? The Rockefeller Foundation!


pepun...betul la pepatah org dulu2....
maroh kan nyamuk..kelambu dibakor..
skrg ni..nyamuk yg cinonet mengamok sudah...
dari denggi..kepialu...Zika...sumer dr puak2 Nyamuk ni je haa..

sapa sangka..makhluk yg secinonet itu blh membawa penyakit yg berbahaya..



Quote 4everMore 4-2-2016 12:26 PM
MissMamamia75 replied at 4-2-2016 12:10 PM
saya baca di sini..http://www.globalresearch.ca/who-owns-the-zika-virus/5505323

kabornya Virus Zi ...

Husnuzon jela wlupun Rockefeller dan keturunannya sesuatu sgt..
Quote 4everMore 4-2-2016 12:35 PM
kak_sue replied at 4-2-2016 11:35 AM
Itu hari akak ada baca kat FB....
Durian belanda boleh sembuh cancer. America tahu tentang ini tapi ...

Sbb buah durian belanda tu sumber semulajadi jadi buah tsebut tak boleh di paten kan..ini salah satu sbb knp pkra ni tak d popularkn.
Cegah kanser dr awal..mkn kena balance,seminggu sekali try masukkan serai atau halia dlm mskn sbb ni sumber murah halang kanser.begitu juga dgn pucuk ubi kayu..dgn izin Allah..kun faya kun.
Quote nhuser 4-2-2016 12:47 PM
MissMamamia75 replied at 3-2-2016 08:10 PM
saya baca di sini..http://www.globalresearch.ca/who-owns-the-zika-virus/5505323

kabornya Virus Zi ...

ATCC, syurga membeli belah utk kami beli cells dan virus....Ingat beli virus for research mcm beli nasi lemak kat simpang empat ke? Kena ada byk procedure and red tapes to get through....dan pastikan your facilities comply dgn biosafety regulations... So what the depositor was a scientist yg bekerja di Rockefeller Foundation? Dah foundation tu banyak sponsor kajian sains, dari dulu hingga sekarang.... Untung siapa yg dapat grant atau scholarship under Rockefeller Foundation, bukan calang2 orang boleh dapat.... At least, Yahudi nak juga tolong kembangkan ilmu sains dan perubatan... Look at their contribution to science, not their race, if you want to go further

Quote vanilacup 4-2-2016 12:54 PM
It's the same ttg vaccination ...tapi ramai ummah dlm Cari ni query saya balik. Ini adalah ttg freemason dan rockfeller institute.Jgn nak pertikai sangatlah!. Dunia telah dipegang dan dikuasai oleh keluarga Firaun dan Dajjal. Ekonomi dan perubatan mutlak mereka pegang nanti cerita pasal bekam org ragu sedangkan itu sunnah Nabi bukan dtg dari manusia
Quote Simunggu 4-2-2016 01:15 PM
Allah maha mengetahui.....tengoklah nanti bila Allah bayar cash...termasuk penyebar fitnah....
Quote ChildrenOfBodom 4-2-2016 01:27 PM
wartawan bangsat apa ni , posting melayu mabuk todi kt FB psl konspicrapshit pon boleh buat bahan berita...

dumbass
Quote crunchez 4-2-2016 01:35 PM
ini mesti cedok dari neil armsteen and the konco2. bodoh budak ni. tolak ilmu sains sebab tak faham lepas tu tuduh yahudi, murika, firaun dan dajjal punya kerja. dajjal mmg akan keluar pun.

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.289932 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top