|
Pendakwah selebriti Da’i Syed diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan terhadapnya atas kes merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu. Memetik Sinar Harian, Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuan Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan penangguhan hukuman tersebut. “Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman dikenakan sebelum ini adalah selamat, justeru hukuman penjara itu bermula hari ini,” kata hakim. Pada Ogos 2024, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita. Pada 10 Disember 2020, Dai Syed mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.
Sumber :Sinar Harian, Rotikaya |
sarah_ary2 replied at 25-1-2026 01:26 PM
Ya Rabbi hudusnya nak kata tinggi x tinggi pun mcm mana perempuan boleh sangkut dgn dia ni, mesti he ...
ADVERTISEMENT