CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Selepas Peristiwa Ogos 2024, Dia Solat Di Awal Waktu, Tak Henti Minta Keampunan Allah” – Adik Da’i Syed

24-1-2026 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18672| Komen: 1

 


Adik kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed berkongsikan mengenai perubahan abangnya selepas peristiwa Ogos 2024.

Menerusi hantaran di Instagram, Iqbal Jamalulleil berkata abangnya dilihat berlainan serta menyifatkn seorang anak, bapa dan suami yang baik.

Malah, Iqbal berkata abangnya dilihat menunaikan solat di awal waktu, suka bersedekah dan mengingatkan orang lain tentang Allah.

“Karakter dia sangat berlainan. Seorang anak, abang, bapa & suami yang sangat baik. Solat di awal waktu, lama solatnya, suka bersedekah, melayani orang dengan baik, tak suka bercakap keburukan orang lain, sangat merendah diri, suka gembirakan orang.

“Mengingatkan orang tentang Allah dan suka jamu orang makan. Tidak henti buat amalan setiap hari dan tak habis-habis minta keampunan daripada Allah S.W.T,” tulisnya.

Sementara itu, Iqbal berkata perkongsiannya itu bukan untuk menyebelahi abangnya atau menggunakan sentimen agama untuk meraih simpati.


“Aku tak menyebelahi dia, bukan pula tunggang agama untuk mendapatkan simpati, selama ni pun aku tak pernah post pasal dia tapi ini real tentang taubat sampai aku rasa insecure dengan dia yang makin soleh,” tulisnya.

Dalam oada itu, Iqbal berkata disebalik ujian menimpa, abangnya turut berpesan kepada ibunya agar tidak bimbang akan keadaan dirinya serta menganggap dia masuk ke pondok.

“Walaupun nasib tak berpihak kepada dia hari ini, tak lekang di bibirnya menyebut hikmah Allah. Dia pesan kat mama, ‘Mama anggap saja iqmal masuk pondok ya.’ Kemudian dia minta tasbih untuk berzikr dan dia keluar.

“Diatas itulah gambar terakhirnya. Senyum tunjuk kuat depan kami, tapi hati hanya Allah yang tahu,” katanya.


Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote QueenPlatypus 24-1-2026 11:01 PM
Dah merogol boleh pulak nak kata nasib tak menyebelahi dia..ehhh memang enabler ke family korang ni? Dasar!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.124756 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top