CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dia selalu hantar video ‘isteri derhaka’, saya terpaksa block’ - Linda Hashim

22-1-2026 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11795| Komen: 3

 



Pelakon Linda Hashim menafikan dakwaan kononnya suaminya, Beego, pernah berusaha memujuk bagi menyelamatkan rumah tangga mereka yang kini berada di ambang perpisahan.

Ujar Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 42, sepanjang tempoh konflik berlaku, tiada langsung usaha memujuk sebaliknya hanya tekanan emosi berulang diterima.

“Sepanjang perkara ini berlaku, tiada sebarang pujuk rayu. Apa berlaku hanyalah serangan terhadap diri saya. Langsung tiada usaha memujuk.

“Kalau benar masih sayang, tidak mungkin seseorang sanggup melakukan perkara buruk di belakang pasangan sendiri.

“Tentang usaha memujuk, saya cuma dengar cerita, namun tiada satu pun bukti menunjukkan perkara itu benar,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon filem Syaitan Munafik itu, suaminya sendiri sedar hubungan tersebut sudah sampai ke titik penghujung dan sukar diperbaiki.

“Dia tahu perkara ini sudah sampai ke tahap tidak boleh diselamatkan lagi. Jadi saya tidak nampak di mana usaha diperkatakan,” ujarnya di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Linda juga mengakui mengehadkan komunikasi bersama Beego demi menjaga kesihatan mental selepas berdepan gangguan berterusan.

“Tekanan itu sangat menjejaskan emosi. Saya diserang berkali-kali walaupun tidak melakukan apa-apa. Pergi ke rumah sendiri pun tetap menerima gangguan.

“Saya juga diserang dengan hantaran bertalu-talu video-video berkaitan isteri derhaka daripada Beego.

“Sebab itu saya terpaksa menyekat demi melindungi kesihatan mental,” luahnya.

Bagaimanapun, ibu tiga anak itu menafikan dakwaan kononnya suaminya langsung tidak mempunyai ruang berhubung dengannya.

Jelasnya, satu platform komunikasi khas masih dibuka bagi urusan berkaitan anak-anak mereka.

“Saluran itu masih digunakan. Kami boleh berkongsi gambar, membuat panggilan dan berbincang hal anak termasuk keperluan sekolah.

“Jadi dakwaan dia tidak boleh berkomunikasi langsung dengan saya tidak benar.

“Dia juga boleh datang ke rumah, masuk serta mengambil anak tanpa sebarang halangan. Rumah kami berdekatan malah boleh saling nampak,” tuturnya.

Sementara itu, Beego ketika ditemui berkata dirinya tidak berniat menangguhkan sebaliknya masih dalam usaha memujuk isterinya Linda untuk mencari jalan terbaik.

Kemelut rumah tangga pasangan tersebut mula menjadi perhatian sejak Januari tahun lalu apabila Linda memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Mereka pernah sah bercerai pada 27 Mac 2023 sebelum mencapai persetujuan untuk rujuk semula pada 9 April tahun sama serta membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Namun, Linda mendakwa mereka sekali lagi berpisah beberapa bulan selepas rujuk sebelum kembali bersama tidak lama kemudian.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, serta Indah Camelia, 6 tahun. 


Sumber : – Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-1-2026 11:41 AM
Bergossip ni aku cuma suka tengok dia berlakon dalam gila2 pengantin remaja tu jer.. Benda2 lain semua aku tak suka. Red flag
Quote MatDeghem 22-1-2026 12:35 PM
Tu lah dulu kamu kasi muka. Sekarang dia ingat dia masih boleh bully kamu.
Jangan berurusan dgn si samdol ini. Berurusan thru peguam kamu. Jgn kasi muka. Titik.
Quote nisako 22-1-2026 02:55 PM
teruknye

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.126140 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top