CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Linda Hashim nafi suami ada memujuk, Beego akui komunikasi terhad

21-1-2026 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11383| Komen: 0

 



Pelakon Linda Hashim, 41, menafikan dakwaan suaminya, Beego, 45, pernah berusaha memujuknya sebagai langkah mahu memulihkan hubungan mereka sekali gus ingin menyelamatkan rumah tangga dibina.

Pemilik nama Norhazlinda Hashim ini berkata, sepanjang tempoh konflik rumah tangga mereka berlaku, tidak pernah ada sebarang usaha pujuk rayu daripada Beego, sebaliknya apa yang diterima hanya tekanan dan serangan emosi yang berulang.

"Tidak pernah berlaku sebarang pujuk rayu daripada pihaknya (Beego). Cara yang berlaku hanyalah serangan terhadap saya. Tiada langsung usaha memujuk. Jika benar sayang, tidak mungkin seseorang itu sanggup melakukan perkara buruk di belakang pasangan sendiri.

"Manakala, tentang usaha memujuk yang didakwa kononnya berlaku, saya hanya mendengar cakap-cakap sahaja. Tetapi, tiada sebarang usaha pun dilakukan oleh pihaknya. Apapun, dia (Beego) sendiri tahu perkara ini sudah sampai ke penghujung dan tidak boleh diperbetulkan lagi. 

"Jadi, saya tidak nampak di mana usaha yang dia katakan itu dan tiada bukti pun mengenainya. Mana bukti, ada bukti?," katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini. 

Terdahulu, Linda hadir ke mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz taklik yang difailkannya terhadap suami, Beego.

Selain itu, Linda mengakui dia memang hadkan komunikasi dengan Beego, namun menegaskan tindakan sudah menyekat suaminya itu di telefon, mesej dan media sosial kecuali Facebook demi menjaga kesihatan mental sendiri.

"Gangguan yang saya terima sangat menekan mental. Saya diserang berulang kali walaupun tidak berbuat apa-apa. Saya pergi ke rumah sendiri pun tetap diserang. Disebabkan itu, saya tiada pilihan selain menyekatnya," jelas Linda.

Linda juga tegas menafikan suaminya, Beego tidak mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengannya kerana masih boleh berbuat demikian pada satu platform khas mereka yang masih dibuka bagi urusan berkaitan anak-anak.

"Di situ iaitu Facebook, kami masih boleh berhubung, boleh hantar gambar, buat panggilan dan berkongsi perkara berkaitan anak-anak seperti baju sekolah dan keperluan lain.

"Jadi dakwaan dia langsung tidak boleh berkomunikasi dengan saya adalah tidak benar. Malah, dia juga boleh datang ke rumah saya, masuk dalam rumah dan mengambil anak tanpa sebarang halangan," katanya.

Sementara itu, Beego memaklumkan dia tidak cuba melambat-lambatkan proses di mahkamah tetapi sebagai usahanya untuk memujuk Linda dan menyelamatkan ikatan perkahwinan mereka.

"Saya mahu menyelamatkan rumah tangga kami. Jadi, ini adalah sebagai usaha daripada saya untuk memujuk dia.

"Saya pun tak dapat komunikasi dengan dia kerana terhad. Kalau nak komunikasi pun, saya ada beritahu juga pada anak sulung. Jadi, saya masih ingin selamatkan rumah tangga kami," katanya.

Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga pasangan seleberiti itu menjadi perhatian apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Mereka sebelum ini pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasilkan perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan.


Sumber : – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.120604 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top