CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Isteri dah berhubung dengan jurusolek, bukan isu besar’ - Syafiq Kyle

21-1-2026 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12002| Komen: 5

 



PUTRAJAYA – Pelakon Syafiq Kyle mengakui hubungan rumah tangganya bersama isteri, Mimi Lana, dibina atas prinsip saling mengingatkan terutama melibatkan perkongsian dalam media sosial.

Ujar Syafiq atau nama sebenarnya Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, setiap individu termasuk isterinya memiliki kebebasan bersuara, namun sebagai figura awam setiap langkah perlu disulami kewaspadaan.

“Setiap orang ada pandangan sendiri dan bebas berkongsi di media sosial.

“Tetapi sebagai selebriti, kami kena sentiasa beringat kerana apa sahaja dikongsi akan jadi perhatian ramai.

“Sebab itu kami saling mengingatkan. Selagi tidak melanggar batas, rasanya tiada perkara perlu dirisaukan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas isu tular membabitkan isterinya dan seorang jurusolek sebelum ini, bintang filem Blood Brothers: Bara Naga itu menjelaskan dunia maya sememangnya hadir bersama sisi baik dan buruk.

“Aktif dalam media sosial ada kelebihan serta kekurangan. Terlalu aktif orang bercakap, tidak aktif pun orang bercakap.

“Bila berani berkongsi, kita juga kena berani berdepan reaksi orang,” ujarnya pada acara Bulan Bintang: The Next Chapter Fashion Show 2026, di sini, baru-baru ini.

Pun begitu, Syafiq berpendapat Mimi sudah bertindak matang dalam mengurus situasi berkenaan tanpa membesarkan keadaan.

“Saya rasa dia sudah buat kawalan situasi dengan baik.

“Dia juga berhubung secara peribadi dengan jurusolek terbabit. Jadi tiada apa-apa isu besar pun sebenarnya,” jelasnya.

Syafiq turut menyentuh isu pembayaran dalam industri seni, mengakui perkara tersebut kadangkala berlaku tanpa disengajakan, khususnya apabila melibatkan jadual kerja padat serta pengurusan oleh pihak ketiga.

Baginya perkara sebegitu lebih wajar diselesaikan secara tertutup tanpa membuka ruang persepsi negatif.

“Bab bayaran ini kadang-kadang melibatkan pengurusan, pembantu peribadi atau pengurus. Ada masa memang boleh terlepas pandang.

“Pihak produksi pun ada ketika berdepan situasi sama, apatah lagi artis terlibat dengan penggambaran, kempen dan sesi fotografi hampir setiap hari.

“Saya rasa lebih baik berbincang secara peribadi melalui WhatsApp atau mesej peribadi, bukan viralkan di media sosial sebab isu itu boleh berpusing dan akhirnya makan diri sendiri,” tegasnya.

Paling penting kata Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) itu, setiap manusia tidak terlepas daripada kekhilafan.

“Kita semua manusia, bukan sempurna. Kalau kita buka aib orang hari ini, mungkin satu hari nanti aib kita pula terbuka.

“Kadang-kadang hal ini simple saja. Kita terlupa, orang pun terlupa nak ingatkan. Bila jumpa muka, barulah masing-masing teringat,” tuturnya.

Terdahulu, seorang jurusolek selebriti mendakwa dalam platform Threads bahawa Mimi Lana masih belum melunaskan bayaran perkhidmatan solekan.

Bagaimanapun, difahamkan Mimi telah menghubungi individu terbabit secara peribadi dan isu tersebut berjaya diselesaikan secara baik tanpa sebarang pertikaian lanjut.

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 21-1-2026 08:24 PM
Yang isu RM250 tu ke?
Quote Perawankota 21-1-2026 11:00 PM
imransulaiman replied at 21-1-2026 08:24 PM
Yang isu RM250 tu ke?

Iyer la tu…
Quote KamikuP 22-1-2026 02:31 PM
Semekin sgt ke RM250 jah tak mampoo bayar ekekeke
Quote Gigihadidnt 22-1-2026 05:00 PM
KamikuP replied at 22-1-2026 02:31 PM
Semekin sgt ke RM250 jah tak mampoo bayar ekekeke

Katanya tak nampak DM tu
Quote seri_mawr 22-1-2026 05:24 PM
RM250 padan la dia x perasan...cer kos 25k..sure dia perasan..huhuhu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.028686 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top