CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inspektor dan adik lelaki ditahan disyaki terima rasuah RM30,000 bagi melepaskan individu yang terlibat dalam kes narkotik

21-1-2026 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14805| Komen: 0

 



KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan adik lelakinya selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM30,000 bagi melepaskan individu yang terlibat dalam kes narkotik.

Perintah reman selama lima hari sehingga 24 Januari ini dibenarkan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhari selepas permohonan dibuat pihak SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber,  suspek yang berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an itu ditahan secara berasingan pada pukul 4.30 petang dan 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pahang.

“Siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada 2021 hingga 2025.

“Kedua-dua suspek dipercayai menerima wang berjumlah RM1,000 hingga RM7,000 setiap bulan yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek lelaki,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.025801 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top