CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Wanita zumba berbaju kurung tanpa kain serah diri

21-1-2026 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9976| Komen: 16

 



SHAH ALAM – Seorang wanita yang terlibat dalam aktiviti senamrobik berbaju kurung tanpa kain di sebuah Dewan Orang Ramai Kampung Badong, Bestari Jaya telah tampil menyerah diri, kelmarin.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, wanita tersebut berusia 29 tahun hadir bagi membantu siasatan berhubung penularan video aktiviti tersebut.

Katanya, manakala individu-individu lain yang terlibat telah dikenal pasti dan siasatan terhadap mereka sedang berjalan.

“Kertas siasatan telah dibuka. Setakat ini, seorang individu telah tampil menyerah diri kelmarin.

“Berdasarkan keterangan awal daripada individu yang telah menyerah diri, kesemua individu akan disiasat di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 ( menyebabkan agama Islam dipandang hina),” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Untuk rekod, kesalahan dibawah Seksyen tersebut memperuntukkan denda ­maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan JAIS sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu sambil menyifatkan aktiviti senamrobik itu sangat tidak beradab dan boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Salah seorang wanita yang berada dalam video itu kemudian tampil membuat permohonan maaf selepas tindakan mereka itu mencetuskan kemarahan umum.

Ekoran insiden itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Badong, Muhammad Nasir Ahmad menyatakan Penganjuran sebarang aktiviti zumba di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Badong di sini, tidak lagi dibenarkan dan dilarang secara serta-merta. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 21-1-2026 06:01 PM
Siasat dan dakwa sekali aktiviti dah macam pedof, pakai baju sekolah, sexualize kanak-kanak perempuan, dengan terkangkang2 tu...pastu buat pose dance lucah... haram jadah betul!!
Quote Kiahlemau 21-1-2026 07:34 PM
Awat la bodoh sangat
Quote makita 21-1-2026 08:22 PM
Waktu serah diri tu jgn lupa pakai kain.
Quote sharlenetexas 21-1-2026 08:23 PM
Hantar pergi ulu kinta


Quote Purestteam1 21-1-2026 08:49 PM
organism...hmmm
Quote Decaffeinated 21-1-2026 10:25 PM
kes pun di Batang Berjuntai, how appropriate.
Quote sukacactus 22-1-2026 06:34 AM
Pasal kes ni la, abis event2 zumba lain kena cancel
Quote Minami2013 22-1-2026 07:01 AM
Orang sekarang ni jadi gila sbb nak viral.
Quote supernaturalee 22-1-2026 08:50 AM
dah mcm konoha

buat benda bodoh demi konten/viral

iq level gorila gamaknya


Quote IzzahF 22-1-2026 09:00 AM
Gituh Kg Badong tu 85% Jawa leluhur tongkang ic merah anak2 dpt ic biru. selebihnya bugis, banjar, siam semua yg asal2 pendatang berlonggok situ

kang jgn tiber kata melayu gila plak...konoha pekat tak campur air situ ya. Nama pun Badong (emas dlm bhs jawa). ama pun pekat2 lg
Quote IzzahF 22-1-2026 09:00 AM
supernaturalee replied at 22-1-2026 08:50 AM
dah mcm konoha

buat benda bodoh demi konten/viral

mmg darah konoha asli tak campur air pun situ
Quote BoongaKertas 22-1-2026 09:25 AM
aneh2 org2 skrg eh. lalu fyp iols smlm psl kisah bapa mana entah yg dia dok solekkan anak pompuan dia pastu letak caption aneh2 mcm ala2 grooming tu? jiks siak.
Quote B40tastePosh 22-1-2026 09:31 AM
Edited by B40tastePosh at 22-1-2026 09:45 AM
IzzahF replied at 22-1-2026 09:00 AM
mmg darah konoha asli tak campur air pun situ


Melayu orang mana sis?

Setahu iols.. yang mengelarkan dirinya Melayu dalam naskah naskah lama hanyalah Negeri Johor.

Kelantan dan Kedah tak panggil mereka Melayu dalam Naskah dan Hikayat mereka.
Screenshot_2026-01-22-09-33-56-57_40deb401b9ffe8e1df2f1cc5ba480b12.jpg
Screenshot_2026-01-22-09-44-25-29_40deb401b9ffe8e1df2f1cc5ba480b12.jpg
Quote IzzahF 22-1-2026 11:14 AM
Edited by IzzahF at 22-1-2026 11:16 AM
B40tastePosh replied at 22-1-2026 09:31 AM
Melayu orang mana sis?

Setahu iols.. yang mengelarkan dirinya Melayu dalam naskah naskah lama ha ...

entahla chuols, yg penting kg badong tu mmg kg pendatang..tu sbb aneh2 aje serupa leluhur nya jua

melayu johor pun melayu celah mana aje? majoriti kena angkut dari pulau jawa oleh sultan johor utk kerja kat ladang...melayu johor asal dah ramai ke riau
Quote Gigihadidnt 22-1-2026 05:08 PM
They know what they're doing. Gila attention
Quote Tinot7 22-1-2026 10:03 PM
Mana bideo?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037323 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top