|
Pelakon dan pengacara Raja Azura merayu kepada bekas suaminya, Adzmin Osman untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.
Memetik Utusan Online, Raja Azura berkata anak-anaknya juga turut menyuarakan keinginan untuk berjumpa bapa mereka. Menurutnya lagi, dia tidak pernah menghalang anak-anak untuk bertemu bapa mereka serta meminta bekas suaminya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. “Anak-anak saya sudah terlalu lama tidak berjumpa bapa mereka. Mereka berkeinginan untuk jumpa dia dan maklumkan kepadanya yang mereka sudah dewasa. Jadi kepada kepada Adzmin Osman, tolonglah beri peluang kepada anak-anak untuk berjumpa awak. “Tenang-tenangkan diri, berfikirlah seperti orang dewasa. Buang ego sebab ia tidak akan menyelesaikan masalah kita. Dan saya nak maklumkan di sini, anak-anak itu jugalah yang akan menjaga dia sekiranya dia sakit nanti. “Saya tak pernah halang anak-anak jumpa bapa mereka. Jadi, hadirlah dan jalankan tanggungjawab dengan baik. Insya-Allah,” katanya. Dalam pada itu, Raja Azura berkata dia tidak tahu mengenai keberadaan bekas suaminya serta bertanyakan adakah Adzmin tidak merindukan anak-anak mereka. “Saya ini tinggal di rumah yang sama, di alamat yang sama. Lainlah kalau saya berkahwin sekali lagi, tentulah saya akan berpindah ke rumah lain. “Selain itu dia juga tahu anak-anaknya menuntut di UiTM Shah Alam. Seorang di Puncak Alam, dua lagi di Puncak Perdana. Dia boleh datang jenguk mereka bila-bila masa. “Dan, setiap kali Hari Raya Aidilfitri, tak akanlah dia langsung tidak rindukan anak-anaknya. Pada masa yang sama saya juga ada anak perempuan, satu hari nanti apabila dia mahu berkahwin, tentulah dia mahu berwalikan bapanya,” katanya. Sumber: Utusan, Rotikaya
|

ADVERTISEMENT